Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan lelaki bersama syabu seberat 23.63 gram

-

MARUDI: Pasukan polis di sini berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 20 tahun dan merampas dadah jenis syabu seberat 23.63 gram pada anggaran nilai nilai RM7,000.

Sepasukan polis seramai sembilan orang dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi yang diketuai oleh ASP Mike Ibrahim pada 7 September lalu, telah membuat serbuan di sebuah pondok gelanggang sabung ayam di Sungai Temam, Bakong Beluru.

Ketika serbuan, polis menemui seorang lelaki sahaja di pondok berkenaan dan hasil pemeriksaa­n lanjut ke atasnya, polis menemukan dadah jenis syabu terbabit disembunyi dalam satu beg plastik warna merah dikeluar oleh suspek dari beg pakaian warna hitam berjenama Polo Zupiter.

Polis turut mengarahka­n suspek membuka sendiri beg plastik warna merah tersebut yang mengandung­i 13 peket lutsinar di dalam yang berisi ketulan berwarna kristal dipercayai syabu.

Turut dirampas pakaiannya, dua helai seluar jean dan tiga baju serta sekeping pasport yang disembunyi­kan di dalam beg tersebut.

Suspek telah ditahan dan barangan dirampas daripadany­a turut dibawa ke Balai Polis Beluru untuk tindakan lanjut.

Dalam satu lagi kes berasin- gan, menerusi Ops Bersepadu dilakukan sepasukan polis dari IPD Marudi diketuai oleh ASP Mohd Ruslan Mat Kib pada 6 September lalu, jam 2.30 petang, telah menahan seorang lelaki Indonesia di sebuah kantin, di Bakong.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Nokia dan sebuah lagi jenama Vivo dengan lapan keratan helaian kertas bertulis angkaangka dipercayai nombor loteri haram.

Turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM510.00 dan sebuah mesin cetak mudah alih.

Suspek, seorang warganegar­a Indonesia berusia 29 tahun dan berasal dari Ampalang, Sulawesi, telah ditahan dan disiasat du bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 ??  ?? SUSPEK: Suspek berusia 29 tahun, dipercayai pemilik sebuah kantin di ladang kelapa sawit di Bakong, ketika diserbu polis dalam Ops Bersepadu.
SUSPEK: Suspek berusia 29 tahun, dipercayai pemilik sebuah kantin di ladang kelapa sawit di Bakong, ketika diserbu polis dalam Ops Bersepadu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia