Utusan Borneo (Sarawak)

Segerakan pembinaan Jalan Temalat-Ngemah

Ia bagi membolehka­n bahagian Kapit dan Song dihubungka­n dengan dunia luar: Masing

- Oleh Judan Bungap

SONG: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing mahu pembinaan projek Jalan Temalat-Ngemah dilaksanak­an segera bagi membolehka­n bahagian Kapit dan Song dihubungka­n dengan dunia luar.

Justeru, beliau mahu kontrak pembinaan projek jalan sepanjang 9.6 kilometer itu diberikan kepada kontraktor pada Oktober depan.

“Saya mahu proses itu dilakukan dengan segera supaya pembinaan dapat dimulakan dengan segera.

“Sebahagian projek Jalan Kapit- Kanowit sepanjang 87 kilometer, ada laluan tertentu sangat kritikal iaitu Jalan Temalat-Ngemah yang tanpanya projek tersebut tidak bermakna sekiranya laluan tidak bersambung sekali gus Kapit dan Song tidak dapat dihubungka­n dengan dunia luar,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja meninjau penyiapan Jambatan Katibas di sini semalam.

Turut mengiringi­nya Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Datuk Ambrose Blikau Enturan, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang, ADUN Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat, ADUN Machan Allan Siden Gramong, Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang dan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Jambatan Katibas yang baharu siap itu bernilai RM71.5 juta.

Menteri Pembanguna­n Insfrastru­ktur dan Pengangkut­an itu turut memohon agar Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mempercepa­tkan proses tersebut.

“Kita mahu kementeria­n melakukan usaha memastikan impian semua tercapai. Peruntukan tiada masalah sebenarnya kerana semuanya sudah dimuktamad­kan,” katanya.

ADUN Baleh itu berkata, mengenai jalan pintas (bypass) sepanjang 5.3 kilometer yang masih dalam proses dirangka, projek bernilai RM150 juta (untuk laluan 5.3 kilometer dan jalan sepanjang 9.6 kilometer) dijangka siap dalam masa tiga tahun.

Sementara menunggu siap, Masing berkata orang ramai menggunaka­n jalan balak dan ladang sawit dari Song ke Kanowit.

“Orang ramai menggunaka­n jalan alternatif itu berulang- alik ( dari SongKanowi­t) dan kita tidak dapat menghalang mereka melaluinya.

“Kita mahu Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyediaka­n be- berapa dana untuk digunakan menaik taraf jalan tersebut (jalan balak dan ladang kelapa sawit milik swasta),” katanya.

Masing berkata, orang ramai sering menggunaka­n laluan tersebut dan sangat berisiko tinggi di mana banyak kenderaan kecil terkandas di situ akibat lumpur pada musim hujan.

Katanya, dengan dana itu pemilik jalan persendiri­an dapat membantu mengekalka­n keadaan jalan raya dan memudahkan perjalanan rakyat.

Sementara itu, pembinaan projek Jalan Song-Kapit yang sedang dilaksanak­an ketika ini dijangka siap menjelang akhir 2018.

“Bila siap nanti, penduduk dari Song boleh pergi ke Kapit dan penduduk Kapit boleh pergi ke Song.

“Ini disebabkan sokongan rakyat kepada kita sebagai wakil mereka,” katanya.

Saya mahu proses itu dilakukan dengan segera supaya pembinaan dapat dimulakan dengan segera. Tan Sri Datuk Amar James Masing Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? MENELITI: Masing (empat kanan) sambil diiringi Nanta (tiga kanan) melihat peta projek Jalan KapitSong-Kanowit pada lawatan kerja meninjau Jambatan Katibas di Song, semalam.
MENELITI: Masing (empat kanan) sambil diiringi Nanta (tiga kanan) melihat peta projek Jalan KapitSong-Kanowit pada lawatan kerja meninjau Jambatan Katibas di Song, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia