Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib serah sumbangan kepada 200 orang kurang bernasib baik

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyampaik­an sumbangan kepada 200 orang kurang bernasib baik daripada institusi kebajikan di negeri ini, pada Majlis Jamuan Teh di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Para penerima tersebut adalah daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching, Rumah Seri Kenangan Kuching dan Sibu, Pusat Pemulihan Samarahan, Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching, Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman, Sekolah Tunas Bakti Kuching, Taman Seri Puteri Kuching, Desa Bina Diri Kuching, Asrama Akhlak dan Bengkel Seri Sarawak.

Setiap mereka menerima wang tunai RM150 dan hamper bernilai RM100 pada majlis yang diadakan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rsmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV dan sambutan Hari Jadi Ke-81 Tun Taib.

Hadir sama isteri Tun Taib, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan isteri, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta menteri- menteri dan menteri-menteri muda kabinet negeri. Selepas Majlis Jamuan Teh yang turut dihadiri seramai 660 orang tetamu jemputan, Tun Taib yang diiringi Abang Johari, Awang Tengah serta kenamaan lain juga meluang- kan masa melawat Pameran Raja Kita dan Dirgahayu yang diadakan di Atrium Plaza Merdeka.

 ??  ?? PRIHATIN: Tun Taib menyampaik­an sumbangan kepada penerima yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik.
PRIHATIN: Tun Taib menyampaik­an sumbangan kepada penerima yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik.
 ??  ??
 ??  ?? SIMBOLIK: Tun Taib memotong kek hari jadi dan pulut kuning pada Majlis Jamuan Teh sempena sambutan hari jadinya yang ke-81 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.
SIMBOLIK: Tun Taib memotong kek hari jadi dan pulut kuning pada Majlis Jamuan Teh sempena sambutan hari jadinya yang ke-81 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.
 ??  ?? MEMORI: Taib melihat potret-potretnya yang dipamerkan dalam Pameran Raja Kita dan Dirgahayu di Atrium Plaza Merdeka.
MEMORI: Taib melihat potret-potretnya yang dipamerkan dalam Pameran Raja Kita dan Dirgahayu di Atrium Plaza Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia