Utusan Borneo (Sarawak)

Program keusahawan­an latih pelajar ceburi perniagaan

Kerajaan persekutua­n dan negeri amat menggalakk­an belia melibatkan diri sebagai usahawan muda: Yussibnosh

-

MUKAH: Menceburi bidang keusahawan­an adalah cabaran yang mengutungk­an pengusahan­ya dan memberi peluang pekerjaan kepada komuniti sekeliling.

Kerajaan telah menyediaka­n pelbagai galakan keusahawan­an di bawah 1Malaysia Entreprene­urs (1MET) termasuk geran dan pinjaman untuk usahawan muda turut diwujudkan. Yussibnosh Balo ADUN Tellian

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tellian Yussibnosh Balo berkata, program keusahawan­an yang didedahkan kepada para pelajar seperti di politeknik amat bertepatan dalam usaha melatih mereka memasuki alam perniagaan setelah tamat pengajian kelak.

Kerajaan persekutua­n dan negeri katanya, amat meng- galakkan belia melibatkan diri sebagai usahawan muda.

“Kerajaan telah menyediaka­n pelbagai galakan keusahawan­an di bawah 1Malaysia Entreprene­urs (1MET) termasuk geran dan pinjaman untuk usahawan muda turut diwujudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Program Gerak Usahawan Kampus Antara Politeknik Malaysia Zon Borneo Tahun 2017 bagi mewakili Menteri Muda EPerdagang­an Datuk Mohd Naroden Majais yang juga Menteri Muda Keusahawan dan Pembanguna­n Perusa- haan Kecil dan Sederhana di Politeknik Mukah (PMU) semalam.

Yussibnosh menyerupar­a belia menyahut cabaran ini dengan menyertai pelbagai program usahawan muda kerajaan seperti Bandar Usahawan Lautan Biru (BOET), Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC) dan pelbagai lagi inisiatif kerajaan yang disediakan bagi membantu belia.

Program bertemakan ‘Photo & Videoprene­ur’ disertai beberapa pihak daripada politeknik dari Sabah dan Sarawak.

Program selama tiga hari bermula 8 September hingga 10 September itu menarik penyertaan beberapa Alumni PMU yang telah berjaya mengusahak­an perniagaan kecil seperti produk kecantikan, kraf tangan dan madu kelulut.

Produk daripada politeknik- politeknik Malaysia dari Borneo telah dipertandi­ngkan dalam beberapa kategori iaitu Jualan Terbaik, Ruang Pameran Terbaik, Pameran Terbaik dan Jualan Paling Meriah.

Hadir sama, Pengarah PMU Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Abdubrani Yunus.

 ??  ?? TAHNIAH: Yussibnosh menyampaik­an hadiah kepada pemenang Gerai Terbaik
TAHNIAH: Yussibnosh menyampaik­an hadiah kepada pemenang Gerai Terbaik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia