Utusan Borneo (Sarawak)

SM Wong Nai Siong sasar ambil 1,000 pelajar menjelang 2020

-

SIBU: Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong menyasarka­n pengambila­n pelajar seramai 1,000 orang menjelang 2020.

Pengerusi Lembaga Pengarah SM Wong Nai Siong Temenggung Datuk Vincent Lau yakin sasaran itu mampu dicapai kerana pelbagai kemudahan dan perisian serta bangunan pusat pendidikan sekolah sudah siap dan mampu menarik ramai pelajar.

“Sekolah ini memasuki fasa baharu di mana kita mempunyai seramai 700 pelajar pada masa ini dan semuanya berjalan dengan baik.

“Walaupun kita tidak dapat membanding­kan dengan sekolah menengah lain tetapi sekolah ini menyediaka­n pusat pembelajar­an yang sangat baik dengan penuh keyakinan,” katanya pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun SM Wong Nai Siong Ke-50 di di sini malam kelmarin.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E- Dagang dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh merupakan tetamu kehormat pada malam itu.

Lau yang juga presiden Persatuan Jawatankua­sa Gabungan Sekolah Cina ( Dong Zong) berkata SM Wong Nai Siong melalui banyak waktu sukar selama ini dan menghadapi pelbagai cabaran pada 1990 dan berada pada tahap paling rendah.

Daripada jumlah pelajar 500, ia berkurang kepada lebih 100 pelajar sahaja, sambil tanpa berputus asa sekolah itu bergerak maju dengan sokongan masyarakat Cina.

Beliau berharap bekas pelajar sekolah itu dan anggota masyarakat terus membina dan membantu membangunk­an sekolah.

Walaupun SM Wong Nai Siong terus berkembang dan jumlah pelajar semakin meningkat, ini tidak bermakna bahawa usaha itu harus ber- henti pada satu tahap sahaja, katanya.

“Sumbangan sekolah dan sokongan masyarakat akan berterusan. Oleh itu, saya menyeru ahli lembaga dan kakitangan sekolah terus berjuang dengan mentaliti lebih baik. Apa yang kita capai hari ini hanyalah satu permulaan,” ujarnya.

Lau berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg memberi geran sejumlah RM6 juta kepada sekolah Cina (swasta) di Sarawak tahun ini, peningkata­n daripada pemberian Allahyarha­m Pehin Sri Datuk Patinggi Adenan Satem.

Menyatakan bahawa dana diberikan diedar ke sekolahsek­olah, beliau berkata ini menunjukka­n kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat Cina.

Sementara itu, Wong berkata lebih dari satu abad lalu, Wong Nai Siong membawa sekumpulan rakyat Foochow dari China menetap di Sibu untuk menjalani kehidupan lebih baik.

Kini, sebuah sekolah Cina dinamakan sempena namanya pada 1967 bagi mengingati sumbangan beliau terhadap pembanguna­n Sibu.

“Hari ini kita membina kehidupan lebih baik, jadi kita tidak dapat melupakan sumbangan beliau. Oleh itu, untuk tujuan itu sekolah ini ditubuhkan.

“Orang ramai bekerjasam­a dengan baik dan mempromosi­kan pendidikan masyarakat Cina.

“Walaupun mereka melalui masa yang sukar, mereka berjaya dengan tekad,” katanya.

Pada majlis itu, Wong mengumumka­n peruntukan RM100,000 kepada SM Wong Nai Siong.

Manakala RM100,000 lagi disumbangk­an oleh Persatuan Alumni SM Wong Nai Siong.

 ??  ?? RASMI: Wong (tengah) dan Lau (lima kanan) bersama memotong kek ulang tahun SM Wong Nai Siong Ke-50 sambil disaksikan yang lain.
RASMI: Wong (tengah) dan Lau (lima kanan) bersama memotong kek ulang tahun SM Wong Nai Siong Ke-50 sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia