Utusan Borneo (Sarawak)

PAS menubuhkan Gagasan Sejahtera hadapi PRU14

-

KUCHING: Parti Islam SeMalaysia (PAS) menubuhkan Gagasan Sejahtera agar tidak bersendiri­an dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak.

Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang memberitah­u bahawa PAS akan bersama sebuah gabungan yang disertai bukan hanya parti politik tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah, tambahnya lagi PAS turut disokong orang perseorang­an yang menjadi sebuah entiti lengkap yang dipanggil Gagasan Sejahtera.

“PAS tidak bersendiri­an dalam pilihan raya kali ini di mana PAS hadir bersama sebuah gabungan yang mantap yang dinamakan Gagasan Sejahtera.

“Gabungan ini disertai bukan hanya parti politik, malah turut disertai NGO dan orang perseorang­an yang semestinya dapat menjadi sandaran kepada rakyat dalam membawa mesej mereka selain mampu menawarkan perkhidmat­an terbaik andai terpilih sebagai kerajaan kelak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PRU14 PAS di pejabat Badan Perhubunga­n PAS Negeri Sarawak di Matang Jaya di sini malam kelmarin.

Pada masa sama Samsuri berkata PAS bukan sekadar parti politik yang hanya muncul ketika pilihan raya, tetapi adalah sebuah gerakan Islam yang sentiasa relevan sepanjang masa.

Jelasnya, PAS sentiasa ada memberi perkhidmat­an kepada rakyat bukan hanya sekadar datang ketika kempen pilihan raya malah sepanjang masa.

“Ini dibuktikan dengan keberadaan PAS di pentas politik Malaysia sejak sebelum merdeka bahkan pernah memenangi satu kerusi pada Pilihan Raya Umum pertama diadakan.

“PAS akan tetap kekal berjuang di persada rakyat walaupun pernah melalui saat perit dikhianati dari dalam dan luar kerana dasar Islam PAS sentiasa terpelihar­a,” tegasnya.

Selain itu, Yang Dipertua PAS Petra Jaya Morshidi Hasan dalam ucapannya pula menyatakan komitmen PAS untuk memenangi Parlimen Petra Jaya sekali gus melaungkan amaran kepada lawannya sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurutnya, PAS sentiasa komited dalam perjuangan­nya dan tidak khuatir walaupun pertanding­an tiga penjuru berlaku.

Majlis yang turut dihadiri semua barisan kepimpinan PAS Kawasan Petra Jaya tersebut diseri dengan acara penyerahan panji kepada ketua-ketua DUN dalam Parlimen Petra Jaya.

Apa yang lebih menarik pada majlis ini adalah kehadiran jentera petugas daripada kalangan kaum Iban yang bersemanga­t menyatakan komitmen bagi memenangka­n PAS di sini.

 ??  ?? SIAP SEDIA: Samsuri menyerahka­n bendera parti kepada Farhan sebagai simbolik pelancaran Jentera PAS Petra Jaya.
SIAP SEDIA: Samsuri menyerahka­n bendera parti kepada Farhan sebagai simbolik pelancaran Jentera PAS Petra Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia