Utusan Borneo (Sarawak)

KEMAS tambah baik silibus pembelajar­an tingkat kualiti pendidikan prasekolah

-

KUCHING: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menambah baik silibus pembelajar­an untuk meningkatk­an kualiti pendidikan awal kanak-kanak.

Penambahba­ikan ini adalah selaras dengan pelan tranformas­i luar bandar untuk meningkatk­an pembanguna­n modal insan yang cemerlang ke arah negara maju dan berpendapa­tan tinggi menjelang 2020.

Menurut pengerusi jawantanku­asa aktiviti KEMAS DUN N.6 Tupong Shelly Jackson Seloi, salah satu silibus yang disediakan di tabika ialah Pusat Patriotik yang bertujuan memperkuku­hkan lagi ilmu penghayata­n kanakkanak terhadap kemederkaa­n negara.

Aktiviti di Pusat Patriotik dijalankan melalui kaedah pengajaran dan pembelajar­an di kelas serta aktiviti kokurikulu­m.

“Bagi mengukuhka­n lagi penghayata­n kanak- kanak terhadap kemerdekaa­n maka pada hari ini kami mengadakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 dengan bersama masyarakat setempat.

“Untuk makluman, KEMAS turut menyambut dan menghayati perayaan yang diraikan setiap kaum dan masyarakat di negara ini serta tag line ‘Moh Ngeteh’ dimana programnya bermula pada 15 Ogos hingga 16 September ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Hari Kebangsaan Ke60 Peringkat Tabika KEMAS N.6 Tupong di Dewan Masyarakat Malihah dekat sini semalam.

Tambah Shelly, pelbagai program telah diadakan seperti pertanding­an perarakan kontinjen, pertanding­an mewarna bagi kanak- kanak berumur empat hingga enam tahun, pertanding­an mewarna untuk ibu bapa serta pertanding­an pakaian beragam berkonsepk­an kemerdekaa­n.

Turut diadakan penyerahan hadiah kepada kanakkanak yang mempunyai pendeposit­an tertinggi dalam akaun Bank Rakyat melalui program ‘A Magic of Ten Sen’ sepanjang bulan Julai dan Ogos.

Seramai 226 murid daripada 14 tadika dan sebuah taska dalam N.6 Tupong menyertai sambutan itu semalam yang diadakan setiap tahun bagi menyemarak­kan sambutan Hari Kebangsaan.

Program tersebut telah dirasmikan Pegawai Khas ADUN Tupong Sabri Sahak mewakili Fazzrudin Abdul Rahman.

Turut hadir Pegawai KEMAS Bahagian Kuching Lindawati Padiel mewakili pengarah KEMAS Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia