Utusan Borneo (Sarawak)

Terlalu ramai pekerja asing di Sarawak: Uggah

150,000 bekerja dalam perladanga­n, perkilanga­n, pembinaan, kita kurang pekerja separa mahir, mahir

- Oleh Patricia gari

BETONG: Sarawak berdepan masalah pekerja asing ramai iaitu sekitar 150,000 yang bekerja dalam sektor perladanga­n, perkilanga­n dan pembinaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kebanjiran pekerja asing ini disebabkan kekurangan tenaga separa mahir dan mahir dalam kalangan belia di negeri ini.

“Negara kita sudah maju, begitu juga Sarawak banyak industri telah dibangunka­n di Bintulu dan Kuching serta pembanguna­n Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) menyebabka­n permintaan tenaga kerja bertambah.

“Namun malangnya saya diberitahu sehingga sekarang, terdapat kira-kira 150,000 pekerja di Sarawak adalah warga asing... 69,000 bekerja di ladang (kelapa sawit), 33,000 lagi dalam sektor perkilanga­n manakala 26,000 dalam sektor pembinaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Transforma­si Vokasional Belia (MYTV) di Padang Futsal, Spaoh dekat sini semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata langkah sewajarnya perlu diambil menyedari bahawa pada ketika Sarawak menggunaka­n ramai tenaga asing, ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) terutama di luar bandar tidak bekerja.

Menyedari masalah itu katanya, kerajaan negeri mengambil beberapa langkah meningkatk­an minat seter- usnya penguasaan bidang kemahiran teknikal dalam kalangan belia khususnya di luar bandar.

“Sudah menjadi dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan setiap rakyat kita khususnya belia dibantu.

“Program MYTV dan Pusat Transforma­si Bergerak (Mobile CTC) merupakan antara usaha kerajaan dengan agensi-agensi berkaitan memberi latihan kemahiran kepada lepasan SPM dan STPM yang masih belum bekerja terutama di luar bandar,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap peluang seumpama itu akan direbut oleh belia yang belum bekerja di luar bandar dengan harapan selepas mengikuti latihan kemahiran selama dua minggu itu peluang untuk peserta terlibat mendapat pekerjaan lebih cerah.

Tambahnya peserta boleh memilih untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang teknikal di kolej komuniti serta vokasional bagi memperkasa­kan kemahiran sedia ada.

“Anda (peserta) juga boleh memulakan perniagaan seperti dalam kulinari, kecantikan, gunting rambut dan pertukanga­n,” katanya.

Sementara itu Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar berkata objektif MYTV ialah memberi latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia di luar bandar seperti Spaoh yang kedudukann­ya agak terpencil.

“Kali ini program ini disertai 126 pelatih yang mengikuti latihan dalam lapan bidang iaitu tukang kayu, penyusunan bata, pendawaian elektrik, tukang paip, kulinari, kecantikan, gunting rambut dan seni tari.

“Melalui program ini, belia di sini diharap dapat meningkatk­an tahap ekonomi mereka pada masa akan datang,” katanya.

Beliau menambah, sejak diperkenal­kan pada 2015, seramai 991 belia telah dilatih dalam pelbagai kemahiran.

Sebagai rekod katanya, seramai 20 orang daripada suku kaum Penan telah berpeluang mengikuti latihan teknikal di Kolej CENTEXS Santubong dan 23 peserta dari Dalat dan Baram meneruskan latihan di Akademi Binaan Malaysia (ABM).

Manakala 22 orang belia dari Murum dan Nyalau turut menyambung latihan di Kolej CENTEXS dan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.

“Program ini juga memberi peluang kepada peserta terlibat sama dalam projek membaik pulih prasarana masyarakat setempat dan setakat ini lapan projek baik pulih dan menaik taraf telah dilaksanak­an.

“Projek itu antaranya ialah Tadika di Murum, Balai Raya di Kampung Nyalau, Bintulu, Balai Raya Kampung Taman, Dalat, Pasar Tamu di Baram dan bangunan serba guna belia di Belawai,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw dan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad.

Negara kita sudah maju, begitu juga Sarawak banyak industri telah dibangunka­n di Bintulu dan Kuching serta pembanguna­n Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) menyebabka­n permintaan tenaga kerja bertambah. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? SIMBOLIK: Uggah (tiga kanan) dan Mohd Zaki menyempurn­akan majlis penutupan program MYTV di Spaoh Betong. Turut kelihatan Mohammad Razi (tiga kiri).
SIMBOLIK: Uggah (tiga kanan) dan Mohd Zaki menyempurn­akan majlis penutupan program MYTV di Spaoh Betong. Turut kelihatan Mohammad Razi (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia