Utusan Borneo (Sarawak)

Kenapa dinaik taraf jalan yang masih baik?

Pengguna persoal kenapa jalan dari Jambatan Lutong ke Desa Senadin dinaik taraf

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Pengguna jalan raya mempersoal­kan kenapa jalan dari Jambatan Lutong ke Desa Senadin dinaik taraf semula sedangkan jalan berkenaan sebenarnya masih baik.

Pengadu Sazali Ramli dari Lutong berkata dana itu sepatutnya digunakan untuk menaik taraf jalan lain yang rosak dan berlubang di Tudan Kuala Baram dan Jambatan Kuala Baram.

“Pengguna jalan raya tahu bahawa jalan ini masih baik dan elok, persoalann­ya kenapa jalan ini dikopak dan diturap semula pada hal peruntukan menaik taraf ini boleh digunakan bagi tujuan lain,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, jalan yang dinaik taraf semula ini mengundang masalah lain seperti

Pengguna jalan raya tahu bahawa jalan ini masih baik dan elok, persoalann­ya kenapa jalan ini dikopak dan diturap semula pada hal peruntukan menaik taraf ini boleh digunakan bagi tujuan lain. Sazali Ramli Pengadu

debu, lubang berlopak dan sebagainya.

“Kita menyedari banyak jalan di Miri sebenarnya memerlukan peruntukan untuk dinaik taraf terutama jalanjalan di kawasan perumahan penduduk,” jelasnya.

Seorang lagi pengadu, Mohd Farish Danish turut mempersoal­kan tindakan memperbaik­i jalan yang sudah berkeadaan baik oleh pihak berkaitan.

Menurutnya, jalan berkenaan telah dinaik taraf pada pilihan raya lalu dan ia kini masih dalam keadaan baik untuk digunakan pengguna jalan raya.

“Selain berdebu, jalan ini juga mengundang masalah lain seperti kerosakan pada tayar kenderaaan kerana jalannya berlubang dan berlopak,” jelasnya. Farish berkata pihak berkaitan sewajarnya menggunaka­n peruntukan itu menaik taraf jalan dari pusat bandar raya ke Tudan, Lutong, Kuala Baram dan Desa Senadin.

 ??  ?? CERIA: Ahli Kelab Pencegahan Jenayah SJK Bulat Sarikei mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Polis Pusat Sarikei.
CERIA: Ahli Kelab Pencegahan Jenayah SJK Bulat Sarikei mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Polis Pusat Sarikei.
 ??  ?? MEMBAZIR: Pengguna jalan raya mempersoal­kan jalan berturap dari Jambatan Lutong ke Desa Senadin dikopak dan diturap semula.
MEMBAZIR: Pengguna jalan raya mempersoal­kan jalan berturap dari Jambatan Lutong ke Desa Senadin dikopak dan diturap semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia