Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Keluarga sempena Hari Malaysia di RT Desa Senadin, 16 September

-

MIRI: Rukun Tetangga (RT) Desa Senadin Fasa I, Jiran Wanita I dan Tabika Perpaduan Desa Senadin akan menganjurk­an Hari Keluarga sempena Hari Malaysia pada 16 September ini.

Pengerusi RT Desa Senadin Fasa I, Willie Lijia Deseh berkata ia akan diadakan di pekarangan Pusat Rukun Tetangga Desa Senadin bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.

“Tujuan kita menganjurk­an program ini untuk memupuk semangat perpaduan, bersukan dan paling penting menghayati peristiwa penting sambutan Hari Malaysia,” katanya pada mesyuarat terakhir program itu di sini semalam.

Willie berkata semua ibu bapa, guru Tabika Perpaduan Desa Senadin dan penduduk sekitarnya dipelawa datang bagi memeriahka­n Hari Keluarga berkenaan.

Antara aktiviti yang akan diadakan termasuk pertanding­an mewarna untuk kanakkanak, pertanding­an fesyen 1Malaysia kanak-kanak, pertanding­an bercerita dan permainan melibatkan ibu bapa.

Antaranya ialah pemainan boling buah kelapa, memancing botol dan tin, berlari membawa gelung getah dengan penyedut minuman dan sebagainya.

Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Giri Nyareng dijangka hadir pada Hari Keluarga berkenaan.

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubung­i Cikgu Salbiah Mansor dan Cikgu Nor Hasimah Rangkut di Tabika Perpaduan Desa Senadin..

Hadir sama pada mesyuarat terbabit ialah Pengerusi Jiran Wanita Desa Senadin Fasa 1 Sanariah Abdullah.

 ??  ?? PERSIAPAN: Kelihatan ahli RT Desa Senadin Fasa I, Jiran Wanita I dan Tabika Perpaduan Desa Senadin mengadakan mesyuarat terakhir program Hari Keluarga semalam.
PERSIAPAN: Kelihatan ahli RT Desa Senadin Fasa I, Jiran Wanita I dan Tabika Perpaduan Desa Senadin mengadakan mesyuarat terakhir program Hari Keluarga semalam.
 ??  ?? UNTUK AMAL: Jacqueline (empat kanan) bersama ahli jawatankua­sa penganjur memegang sepanduk ‘Run For Love 2017’ yang adakan diadakan pada 1 Oktober depan.
UNTUK AMAL: Jacqueline (empat kanan) bersama ahli jawatankua­sa penganjur memegang sepanduk ‘Run For Love 2017’ yang adakan diadakan pada 1 Oktober depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia