Utusan Borneo (Sarawak)

PJPM pelawa orang awam sertai ‘Run For Love 2017’ pada 1 Okt

-

MIRI: Persatuan Jagaan Paliatif Miri (PJPM) mempelawa orang awam menyertai acara ‘Run For Love 2017’ pada 1 Oktober di Marina Parkcity bagi mengumpul dana pembiayaan kos operasi tahunan.

Naib Presiden PJPM Jacqueline Buri berkata, persatuan memerlukan kira-kira RM300,000 membiayai kos tahunan pinjaman rumah, gaji kakitangan, peralatan perubatan dan penyelengg­araan, bengkel latihan dan seminar untuk jururawat dan perbelanja­an harian.

“Kami memohon orang ramai mengambil bahagian pada larian tersebut sekali gus menyumbang kepada pembiayaan persatuan.

“Sumbangan berbentuk tunai ini akan membantu memastikan kesinambun­gan operasi.

“Kami berterima kasih kepada penderma yang bermurah hati dalam menjayakan larian ini,” katanya.

Derma boleh dibuat di PJPM atau ke akaun Maybank 5111863265­21.

Sementara itu, larian ini terbahagi kepada Larian 3km, Larian 5km dan Larian 10km dan setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM50.

Keterangan lanjut boleh didapati di www.palliative­caremiri.org atau menghubung­i talian 016-9246480.

Sejak beroperasi pada 2005 dengan hanya 12 pesakit, jumlah pesakit setakat Julai tahun ini mencecah 105 orang.

“Setakat ini kami ada 80 pesakit di Miri manakala selebihnya 25 pesakit di luar Miri.

“Kami juga mempunyai tiga jururawat sepenuh masa yang melakukan empat hingga enam lawatan ke rumah setiap Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat di sekitar Miri.

“Selain itu sekali sebulan pada Sabtu kami bersama doktor dari Hospital Miri melawat pesakit di Bekenu, Sibuti dan Batu Niah,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Kakitangan BCCK merakam kenangan bersama anggota bomba selepas selesai latihan kecemasan kebakaran di BCCK, baru-baru ini.
KENANGAN: Kakitangan BCCK merakam kenangan bersama anggota bomba selepas selesai latihan kecemasan kebakaran di BCCK, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia