Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib hadiri Majlis Jamuan Negeri

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib menghadiri Majlis Jamuan Negeri di Dewan Santapan, Bangunan Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya, di sini, malam kelmarin.

Majlis yang diadakan sempena sambutan Perayaan Hari Jadi Yang di-Pertu Negeri Ke-81 turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg serta isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Pada majlis itu, Tun Taib serta tetamu kenamaan lain dihiburkan dengan persembaha­n nyanyian dan montaj ucapan selamat hari jadi daripada orang kenamaan negeri dan orang ramai.

Beliau yang hadir dengan mengenakan pakaian istiadat rasmi berwarna hitam dan putih disambut tiba oleh ahli keluarga beliau serta kabinet kerajaan negeri dan ahli Dewan Undangan Negeri.

Acara kemuncak Majlis Jamuan Negeri diteruskan dengan memotong kek hari jadi di pentas utama oleh Tun Taib serta Toh Puan Ragad bersama ahli keluarga dan barisan kabinet negeri.

Majlis diserikan dengan persembaha­n pentas oleh artis tempatan sebelum Tun Taib serta isteri berangkat pulang.

Hadir sama bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, barisan menteri- menteri penuh, menteri- menteri muda, ketua- ketua jabatan serta tetamu jemputan lain.

 ??  ?? SELAMAT HARI JADI: Tun Taib bersama isteri, Toh Puan Ragad dan ahli keluarga serta tetamu kenamaan lain di pentas utama untuk acara memotong kek hari jadi.
SELAMAT HARI JADI: Tun Taib bersama isteri, Toh Puan Ragad dan ahli keluarga serta tetamu kenamaan lain di pentas utama untuk acara memotong kek hari jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia