Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda digalak terlibat dalam aktiviti kemasyarak­atan: Karim

-

KUCHING: Generasi muda di negeri ini amat digalakkan terlibat dalam aktiviti kemasyarak­atan terutama melibatkan golongan kurang bernasib baik.

Perkara itu ditegaskan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Perasmian ‘Paint The World (PTW) Concert 3.0 2017’ di Dewan Suarah Kuching di sini semalam.

“Melihat kejayaan program yang dianjurlan PTW ini, program seumpana ini mesti diteruskan agar kita dapat berkongsi dan membawa kecerian kepada mereka yang kurang bernasib baik terutama golongan kanakkanak,” katanya.

Sehubungan itu, Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berharap usaha yang dilakukan gadis yang merupakan Pengasas PTW Aziza Aznizan, 20, menjadi ikutan anakanak muda di negeri ini.

“Tahniah Aziza kerana berjaya menganjurk­an program yang amat bermakna ini, dalam kita bersama-sama berkongsi membawa kecerian kepada golongan yang kurang bernasib baik ini terutama dalam kalangan kanak-kanak ini.

“Saya amat berharap lebih ramai anak muda kita mengikut jejak langkah Aziza ini,” tambahnya.

Tegasnya, sudah menjadi tanggungja­wab golongan berkemampu­an untuk berkongsi kegembiraa­n bersama mereka yang memerlukan.

“Menerusi usaha ini kita dapat mewujudkan suasana hidup masyarakat penyayang, masyarakat yang sentiasa mahu berkorban bagi memastikan mereka yang memerlukan dapat dibantu dan diberi kecerian dalam hidup mereka.

“Malah, apa yang lebih penting adalah mereka ini dapat merasai layanan yang sama rata dengan golongan lain,” ujarnya.

Pada program itu, pelbagai persembaha­n disediakan bagi menghiburk­an 200 kanakkanak kurang bernasib baik daripada Persatuan Bagi Kebajikan Kanak- Kanak Terencat Akal Sarawak, Baitulrahm­ah Hidayah Centre, Persatuan Disleksia Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Porgram itu turut dihadiri lebih 800 pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi dan ibu bapa.

 ??  ?? BANTUAN: Talib (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran sambil disaksikan Saidi (kanan) semalam.
BANTUAN: Talib (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran sambil disaksikan Saidi (kanan) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia