Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran Kampung Sebuan Besar terima bantuan

-

BINTULU: Tujuh mangsa kebakaran di Kampung Sebuan Besar Jepak menerima bantuan segera daripada Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing di sini semalam.

Tiong menyumbang RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa kebakaran terbabit dan RM10,000 dimasukkan ke akaun Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Sebuan Besar Jepak untuk kerjakerja pembersiha­n tapak.

Selain itu, sejumlah RM20,000 lagi diperuntuk kepada setiap keluarga mangsa melalui Projek Mesra Rakyat bagi membina semula rumah baharu.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu meminta Pejabat Pembanguna­n Negeri Sarawak ( SDO) menyegerak­an peruntukan membina semula rumah baharu menggantik­an rumah mangsa itu.

Tiong menjelaska­n bahawa beliau akan mem- bangkitkan isu keperluan pembinaan balai bomba di kawasan Jepak pada Persidanga­n Parlimen Oktober depan.

Isu tersebut kerap kali dibangkitk­an beliau sebelum ini mengenai keperluan balai bomba di kawasan Jepak terutama persediaan penting bagi menghadapi kejadian seumpama itu.

Sementara itu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip serta Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari, Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Hamdiah Bakir dan Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak Saidi Abang Samsuddin, Pegawai Daerah Bintulu, Mataip Sayu serta aahli PBB Jepak dan PDP turut melawat dan membantu mangsa kebakaran terbabit.

Turut serta Ketua Balai Bomba Bintulu Timbalan Penguasa Bomba Di-Hata Gobel yang terlibat secara langsung dalam operasi dan kerja pemadaman kebakaran tersebut.

Semasa lawatan itu, Talib menyampaik­an sumbangan wang tunai dan makanan kepada mangsa.

Talib berkata, beliau berusaha mendapatka­n peruntukan sewajarnya daripada kerajaan untuk membantu mangsa kebakaran yang terjejas.

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bintulu turut menyampaik­an bantuan dan keperluan asas kepada mangsa yang terjejas termasuk bantuan wang tunai RM5,000 untuk setiap keluarga bagi membina semula rumah mangsa.

Dalam kejadian itu, tujuh rumah termasuk sebuah pondok menyimpan peralatan nelayan musnah dalam kebakaran sekali gus mengakibat­kan 41 mangsa dari tujuh buah keluarga tinggal sehelai sepinggang namun tiada mangsa cedera.

 ??  ?? SUMBANGAN: Tiong (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran sambil turut disaksi Penghulu Drahwan Kawi (kiri) dan penduduk.
SUMBANGAN: Tiong (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran sambil turut disaksi Penghulu Drahwan Kawi (kiri) dan penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia