Utusan Borneo (Sarawak)

Tukar fungsi, tutup IPG langkah terkebelak­ang

Ia dikhuatiri akan membantut matlamat kerajaan negeri lahir lebih ramai guru tempatan

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Langkah menukar fungsi atau menutup beberapa Institut Pendidikan Guru ( IPG) termasuk di Sarawak dikhuatiri akan membantutk­an matlamat kerajaan negeri melahirkan lebih ramai guru tempatan.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie berkata, langkah itu terkebelak­ang dari segi melahirkan modal insan, iaitu guru di kalangan anak Sarawak.

Apatah lagi salah sebuah yang telah dikenal pasti untuk ditukar fungsinya ialah IPG Rajang, yang merupakan salah sebuah IPG bersejarah dan melahirkan ramai graduan guru di negeri ini.

“Apatah lagi salah sebuah yang telah dikenal pasti untuk ditukar fungsinya ialah IPG Rajang, yang merupakan salah sebuah IPG bersejarah dan melahirkan ramai graduan guru di negeri ini.

“Secara jujurnya KGBS melihat usaha serta langkah penukaran fungsi ini sebenarnya terkebelak­ang dari sudut keperluan guru yang terdiri daripada anak tempatan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Ahmad menegaskan, malahan penukaran fungsi IPG Rajang dikhuatiri membantutk­an usaha dan matlamat kerajaan negeri melahirkan ramai guru tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Malahan beliau berpendapa­t langkah penukaran fungsi IPG Rajang itu juga boleh melambatka­n pertambaha­n kuota guru di sekolah-sekolah.

“Ini disebabkan sekurangku­rangnya pengambila­n pelajar baharu juga terjejas.

“KGBS turut melihat dari segi kependuduk­an negara yang semakin meningkat dan rasionalny­a pasti memerlukan pertambaha­n guru baharu dengan segera,” katanya.

Ujar beliau, kesan itu juga akan dirasai apabila ada lagi guru yang berpindah dan kekosongan berkenaan perlu diisi segera.

Tambah beliau jika beberapa IPG ditukar fungsi bermakna jumlah penge- luaran guru akan berkurang pada jangka panjang.

“Maka bagi KGBS sepatutnya cadangan untuk menukar fungsi beberapa IPG ini tidak berlaku pada bila-bila.

“Ini kerana guru adalah jawatan yang sentiasa diperlukan untuk membangunk­an bangsa dan negara pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum ini Kementeria­n Pendidikan telah menyatakan bahawa IPG Rajang dan IPG Miri antara sembilan daripada 27 IPG di seluruh negara yang akan ditutup.

Ahmad Malie Presiden KGBS

 ??  ?? TINJAU: Morshidi (tengah) melawat tapak projek pembinaan Kampus Muzium Sarawak bersama Richard (tiga kanan), Aziz (tiga kiri) dan Ipoi (kiri).
TINJAU: Morshidi (tengah) melawat tapak projek pembinaan Kampus Muzium Sarawak bersama Richard (tiga kanan), Aziz (tiga kiri) dan Ipoi (kiri).
 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia