Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat kepekaan bagi membendung berlakunya kes rogol

-

KUCHING: Kepekaan masyarakat sekeliling mengenai individu yang menjadi mangsa rogol harus ditingkatk­an dalam usaha bersama membendung kes sedemikian daripada terus berlaku.

Pengerusi Kumpulan Pemikir Dayak atau Dayak Think Tank Group (DTTG) Kuching Sybestine Gambong berkata, malahan dengan kepekaan semua pihak dalam perkara itu mampu membongkar kejadian sekali gus dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Masyarakat sekeliling harus peka terhadap seseorag individu yang menjadi mangsa rogol di mana mungkin mangsa rogol akan menunjukka­n sikap tertentu seperti menyediri serta banyak lagi, yang jelas dapat dilihat kita sebagai teman persekolah­an, guru atau sanak-saudara.

“Kepekaan masyarakat ini mampu membendung kes rogol ini daripada berlarutan yakni dengan pengesahan dan rentetan kejadian oleh si mangsa dapat dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutny­a,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Sybestine menjelaska­n, sejak akhir-akhir ini masyarakat dikejutkan dengan banyak kes rogol darah daging sendiri dan tidak terkecuali Dayak.

Beliau berkata, seperti kes rogol darah daging sendiri lain, kes yang berlaku termasuk di Serian, Sibu dan Sarikei mungkin disebabkan mangsa rogol tertekan kerana digertak pelaku.

Katanya, ia mengambil masa untuk mangsa menceritak­an kejadian kepada saudara terdekat sehingga dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Kita juga merasakan wujudnya kes rogol mungkin disebabkan rapuhnya institusi kekeluarga­an yang memandang remeh isu ini.

“Kita berharap ketua keluarga terutamany­a memain peranan penting bukan sekadar mencari rezeki tetapi membimbing anak- anak secara umum dan mendisi- plinkan diri,” katanya.

Selain itu, Sybestine berkata penerimaan semula masyarakat terhadap mangsa rogol dalam kehidupan seharian juga memainkan peranan yang cukup penting bagi membantu membentuk semula sahsiah diri.

Jelasnya, sesi kaunseling terhadap mangsa rogol juga dapat membantu memulihkan keyakinan mangsa untuk bergaul dengan masyarakat setempat selain nasihat dan sokongan moral daripada teman rapat, para guru dan sanak-saudara bagi mangsa menghadapi hari mendatang.

“Secara amnya, seorang ketua keluarga dan juga ayah kepada anak- anak bertanggun­gjawab menjaga keharmonia­n serta sahsiah keluarga,menunjukka­n rasa hormat kepada kaum wanita dan menjadi pelindung bukan sebagai ancaman,” katanya.

 ??  ?? SYBESTINE
SYBESTINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia