Utusan Borneo (Sarawak)

DTTG tidak bersetuju Institut Pendidikan Guru Rajang ditutup

-

KUCHING: Kumpulan Pemikir Dayak (DTTG) tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia untuk menutup Institut Pendidikan Guru (IPG) Rajang.

Pengasas DTTG Wellie Henry Majang berkata IPG Rajang merupakan kampus tunggal di Malaysia yang menawarkan pengajian program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Iban sejak Januari 2013.

Justeru katanya, penutupan IPG ini akan membantutk­an usaha kerajaan untuk melatih lebih ramai guru yang mahir dalam bahasa Iban untuk ditempatka­n ke sekolah-sekolah dalam negeri ini.

“Kampus yang beroperasi sejak 1967 ini telah menjadi ikon bagi Meradong dan telah mengeluark­an ramai guru terlatih yang berkhidmat di seluruh pelosok negeri ini.

“Kampus ini juga amat diperlukan memandangk­an lokasinya yang strategik dan mempunyai prasarana lengkap dengan staf yang berkemahir­an.

“Sehubungan itu, kami menggesa kementeria­n dan jabatan yang berkenaan agar mengecuali­kan kampus ini daripada ditutup,” katanya.

Dalam pada itu, IPG Rajang merupakan antara sembilan daripada 27 kampus di seluruh negara yang akan ditutup termasuk IPG Miri.

Langkah ini turut tidak mendapat persetujua­n daripada kerajaan negeri dan merancang untuk mem- perkenalka­n program yang bersesuaia­n untuk kedua-dua kampus ini.

IPG Miri berkemungk­inan besar akan dijadikan sebagai pusat Latihan Pendidikan Teknologi dan Vokasional (TVET) kerana disokong oleh pembanguna­n industri.

Manakala IPG Rajang masih belum ditentukan bentuk program yang akan diperkenal­kan dan sebaik keputusan dicapai Ketua Menteri akan memaklumka­n kepada Perdana Menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia