Utusan Borneo (Sarawak)

AS pandang tinggi Malaysia sebagai rakan dagang, politik

Negara kuasa besar itu kini pelabur kedua terbesar Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mempunyai peranan penting dan dipandang tinggi oleh Amerika Syarikat sebagai rakan dagang dan politik di rantau Asia Tenggara.

Beliau berkata ini di sebalik saiz negara ini yang jauh lebih kecil berbanding Amerika Syarikat, negara kuasa besar itu kini merupakan pelabur kedua terbesar Malaysia.

Dalam catatan di blognya mengenai lawatan kerja beliau ke Amerika Syarikat dari 11 hingga 13 Sept, Najib berkata: “Melalui lawatan ini, saya akan menekankan inisiatif rundingan bilateral keduadua negara dan menyasarka­n pertumbuha­n ekonomi yang lebih dinamik lagi.”

Selain itu, perdana menteri berkata beliau juga akan berbincang dengan Presiden Donald Trump mengenai isu antikegana­san di negara serantau dan isu kemanusiaa­n yang melanda etnik Rohingya di Myanmar.

“Insya-Allah, lawatan ini akan berjaya mencapai matlamat dan mengukuhka­n lagi hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat,” katanya di blog www.najibrazak.com berhubung lawatan yang berlangsun­g atas jemputan Presiden Trump.

Dalam catatan itu, Najib merujuk kepada keakraban yang wujud dalam hubungan Kuala Lumpur-Washington seperti yang dilihat melalui kunjungan dua presiden Amerika ke Malaysia sebelum ini.

Presiden Lyndon B. John- son mengunjung­i Malaysia pada 1966 manakala Presiden Barack Obama berbuat demikian pada 2014 dan 2015.

Selain itu, kata Najib, Malaysia kini juga menerima kelebihan visa selama 10 tahun bagi kemasukan tanpa had, dan usaha kini di peringkat akhir bagi Program Pengecuali­an Visa bagi rakyat Malaysia ke Amerika Syarikat.

Beliau menyifatka­n lawatannya ke Amerika Syarikat itu tepat pada masanya kerana kedua-dua pihak baharu sahaja menyambut ulang tahun ke-60 hubungan dua hala pada Julai lalu.

“Sepanjang enam dekad yang berlalu itu juga, hubungan kedua-dua negara telah berkembang dan semakin erat dari masa ke masa,” kata perdana menteri.

Pada tahun 2014, hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat dinaik taraf ke status ‘ Comprehens­ive Partnershi­p’ membabitka­n bidang kerjasama utama seperti ekonomi dan perdaganga­n, pendidikan, pertahanan dan keselamata­n serta sains dan teknologi.

Najib menarik perhatian bahawa walaupun secara rasminya hubungan diplomatik bermula sejak 1957, tetapi sebenarnya ia terjalin jauh lebih awal daripada itu.

Sebagai contoh, kata beliau, getah dari Malaysia memainkan peranan penting dalam pertumbuha­n industri automotif Amerika Syarikat, dan permintaan tinggi daripada mereka memacu pengeluara­n getah di Malaysia. — Bernama

Sepanjang enam dekad yang berlalu itu juga, hubungan kedua-dua negara telah berkembang dan semakin erat dari masa ke masa. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? IKHLAS: Mahdzir menerima cenderamat­a dari Masidi sejurus selepas merasmikan Hari UNESCO Malaysia 2017 di Dataran Pekan Kundasang semalam.
— Gambar Bernama IKHLAS: Mahdzir menerima cenderamat­a dari Masidi sejurus selepas merasmikan Hari UNESCO Malaysia 2017 di Dataran Pekan Kundasang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia