Utusan Borneo (Sarawak)

Sikap positif dalam hubungan dua hala menguntung­kan

-

WASHINGTON DC: Tan Sri Zulhasnan Rafique, 62, sudah lapan bulan menjadi duta besar di Amerika Syarikat dan menggalas tugas mencabar.

Ini kerana secara kebetulan berlaku pertukaran kepimpinan di negara kuasa besar itu dengan tokoh perniagaan Donald Trump dipilih menjadi presiden Amerika Syarikat ke-45, menggantik­an Barack Obama.

L a n t a s , t i m b u l kekhuatira­n perubahan dasar Amerika yang mungkin memberi kesan negatif apabila pentadbira­n Trump mengutamak­an dasar ‘America First’ (Amerika Didahuluka­n) disusuli tindakan pembatalan Perjanjian Perkongsia­n Trans Pasifik (TPPA) yang turut melibatkan Malaysia

Terbaharu, menjelang kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke ‘Oval Office’ di Rumah Putih pada 12 Sept, timbul pula reaksi negatif oleh media tertentu Amerika yang turut bersikap dingin terhadap Trump.

“Saya melihatnya secara positif. Kita mahu terus bergerak ke hadapan dan saya telah berada di sini selama lapan bulan. Di Amerika Syarikat, komen negatif di sini merupakan perkara biasa,” kata Zulhasnan di sini pada Sabtu semasa memberikan taklimat kepada wartawan Malaysia menjelang lawatan kerja Najib ke ibu negara Amerika ini atas undangan Trump.

“Jika mereka mahu memberikan komen negatif, mereka bebas berbuat demikian tetapi kita perlu melihatnya secara positif,” kata duta itu dan menurutnya Malaysia akan menumpukan pada perkaraper­kara yang bermanfaat untuk negara.

“Saya fikir itulah juga bagaimana perdana menteri melihatnya ( pertemuan dengan Trump),” katanya.

Najib dijadual tiba di sini bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada 11 Sept sebelum pertemuan dengan Trump yang dijadual berlangsun­g pada pagi Selasa.

Menurut Zulhasnan, kedua-dua pemimpin dijangka menilai status kerjasama dua hala serta meneroka peluang untuk mengukuhka­n lagi hubungan antara kedua- dua negara yang terjalin sejak 60 tahun.

Bekas Menteri Wilayah Persekutua­n itu berkata pengalaman­nya bersama kabinet dalam kerajaan pusat sebelum ini membantuny­a sebagai seorang duta untuk melihat secara terbuka pelbagai isu yang melibatkan hubungan dua hala.

Katanya, undangan oleh Presiden Trump kepada Najib melambangk­an pentingnya Malaysia dalam perkongsia­n strategik dalam isu serantau dan antarabang­sa.

Delegasi Malaysia antara lain merangkumi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Ditanya hubungan akrab Malaysia dan China, Zulhasnan berkata beliau tidak nampak ia menimbulka­n masalah kepada hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat, dan ia bukanlah sesuatu yang harus menimbulka­n kebimbanga­n.

Menurutnya, adalah sesuatu yang baik berniaga dengan manamana negara yang mahu melabur di Malaysia. — Bernama

 ??  ?? ZULHASNAN
ZULHASNAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia