Utusan Borneo (Sarawak)

KRT Kampung Penan Muslim johan Pertanding­an Kempen Kibar Jalur Gemilang

-

BINTULU: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Penan Muslim, Batu 10 muncul johan Pertanding­an Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Bahagian Bintulu 2017 berlangsun­g dari 1 Ogos hingga 10 September.

Kemenangan itu melayakkan KRT terbabit membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan sijil penyertaan.

Manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang KRT Skim Pembesaran Kampung Jepak dan KRT Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong dengan menerima hadiah wang tunai RM400 dan RM300 serta sijil penyertaan.

Johan pertanding­an yang sama untuk Kelas Tabika Perpaduan ( KTP) diraih KTP RPR Kidurong Kelas Melur membawa pulang hadiah wang tunai RM300 dan sijil penyertaan.

Diikuti naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi KTP RPR Kidurong Kelas Seroja dan KTP RPR Bintulu Kelas Ros menerima RM200 dan RM150 serta sijil penyertaan.

Hadiah-hadiah pemenang disampaika­n Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing sambil turut disaksikan Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( JPNIN) Sarawak Esther Dingkawan, Pegawai Perpaduan Bahagian Bintulu Diana Seliman dan Pengerusi Jawatankua­sa Permuafaka­tan KRT Bahagian Bintulu Herman Lanying.

Selain itu, pertanding­an sama anjuran KRT Sungai Plan Lot menyaksika­n Zaidin Hassan muncul johan.

Dikuti naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang Missiah Lee dan Kassim Abdullah.

Bagi Pertanding­an Sukaneka Kanak-Kanak, johannya disandang KTP Kampung Assyakirin.

Manakala naib johan dan ketiga masing-masing dimenangi KTP RPR Bintulu dan KTP Sungai Plan 1.

Hadiah berupa hamper kepada pemenang disampaika­n Esther.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia