Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk perlu berganding bahu dan bersatu hati selesai masalah: Fazzrudin

-

KUCHING: Penduduk Flat Taman Dahlia di Matang perlu berganding bahu dan bersatu hati antara satu sama lain dalam menyelesai­kan sebarang masalah yang dihadapi mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata antara inisiatif yang boleh diambil ialah mewujudkan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) bagi setiap blok.

“Jangan mudah memberi alasan tanpa sebarang langkah diambil terlebih dahulu. Tubuhkan satu pasukan antara jiran-jiran untuk menangani sebarang isu melibatkan penduduk di sini.

“Pada masa yang sama berhubungl­ah dengan pihak Perbadanan Pembanguna­n Perumahan ( HDC) untuk meminta nasihat atau cadangan,” katanya.

Fazzrudin berkata demikian selepas perjumpaan bersama penduduk Flat Taman Dahlia dengan HDC di ibu pejabat HDC di sini semalam.

Tambah Fazzrudin, isu yang dihadapi di flat itu seperti masalah parkir, sampah dan jenayah dapat diselesaik­an jika semua penghuniny­a ber- satu dalam hal berkenaan.

“Tiada guna menyalahka­n HDC untuk setiap masalah yang berlaku tetapi kita terlebih dahulu perlu memahami sistem.

“HDC ada prosedur sendiri yang perlu dipatuhi dan kita perlu memahami hal ini.

“Saya harap selepas mesyuarat ini, penghuni dan HDC akan lebih rapat dan sebarang isu akan dapat diselesaik­an dengan baik,” katanya.

HDC dalam pada itu bersedia menawarkan rumah kos rendah dengan harga subsidi RM50,000 kepada penyewa yang baik di Taman Dahlia.

Bagaimanap­un, HDC mempunyai terma sendiri iaitu daripada 400 rumah kos rendah setingkat di bawah projek HDC, kira-kira 80 peratus akan ditawarkan kepada penyewa flat HDC seperti Taman Dahlia.

Keutamaan katanya akan diberikan kepada penyewa dengan rekod bayaran yang baik, menyelengg­ara unit flat dengan baik dan keupayaan kewangan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HDC Mohd Asman Ahmad.

 ??  ?? BERBINCANG: Fazzrudin (depan, kanan) dan Asman (depan, kiri) mendengar permasalah­an yang disuarakan penduduk Flat Taman Dahlia, Matang pada mesyuarat di ibu pejabat HDC di Kuching semalam.
BERBINCANG: Fazzrudin (depan, kanan) dan Asman (depan, kiri) mendengar permasalah­an yang disuarakan penduduk Flat Taman Dahlia, Matang pada mesyuarat di ibu pejabat HDC di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia