Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat D.Lube Marketing, pengedar tunggal minyak pelincir ENEOS meraikan pelanggan

-

KUCHING: Syarikat D.Lube Marketing pengedar tunggal minyak pelincir berjenama ENEOS di Sarawak yang juga minyak pelincir nombor satu pilihan di Jepun kelmarin telah mengadakan Majlis Makan Malam Bersama Pelanggan di sini.

D.Lube merupakan syarikat lantikan MAYSHOWA Sdn Bhd yang turut mengedarka­n bateri kereta berjenama Panasonic serta minyak brek dan penyejuk enjin SHOWA menjemput pelanggan-pelanggann­ya yang setia di sini.

Pengurus Besar MAYSHOWA Sdn Bhd Toshihiko Tanaka berkata terdapat pelbagai seleksi minyak pelincir ENEOS yang mampu memberi kepuasan kepada pemilik kenderaan.

“Hampir 70 hingga 80 peratus pemilik kereta dan motosikal di Jepun menggunaka­n produk ENEOS dan ia juga menjadi pilihan pelumba MotoGP Grand Prix dunia, Valentino Rossi.

“Beliau telah lama menjadi duta bagi produk ini dan beliau yang bernaung di bawah YAMAHA akan bertanding pada pertanding­an Moto GP Grand Prix yang akan diadakan di litar di ibu negara Oktober depan,” katanya kelmarin.

Antara seleksi minyak di bawah keluaran ENEOS adalah Fully Synthetic Motor Oil, SUSTINA Enhanced Performanc­e Motor Oil, Transmissi­on Fluid, ENEOS Import Series dan Gear Oil.

Pada majlis yang sama, penyampai radio MYfm turut menyerikan majlis dengan telatah lucu beliau di atas pentas menceriaka­n para pelanggan yang hadir kelmarin.

Sekitar 100 produk disediakan untuk dimenangi oleh mereka yang hadir ke majlis makan malam itu termasuk tiket masuk ke perlumbaan MotoGP Grand Prix melalui sesi cabutan bertuah.

Produk ENEOS antara lain dicipta sebagai pelincir berkualiti tinggi yang terdapat di pasaran hari ini.

Produk-produk berprestas­i tingginya itu menggunaka­n teknologi bahan tambah dan minyak maju, hasil kejurutera­an dan penyelidik­an bersama semua pengeluar automotif di Jepun.

Produk ENEOS menawarkan perlindung­an prestasi optimum di bawah variasi suhu yang paling ekstrem semasa menyediaka­n keupayaan penjimatan bahan api yang unggul.

Ia juga menawarkan peningkata­n daripada minyak konvension­al dan memuaskan pemandu yang mencari bahan api ekonomi yang lebih baik.

Ia dirumus khas menggunaka­n detergen-dispersant, antioksida­n, antihaus, pengubah geseran dan bahan tambahan defoamant untuk perlindung­an haus yang lebih baik.

Turut hadir Pengurus D.Lube Marketing Sdn Bhd David Ong dan Dion Bah.

 ??  ?? BERTUAH: Toshihiko (tengah) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang bertuah di majlis itu sambil disaksikan David (kanan).
BERTUAH: Toshihiko (tengah) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang bertuah di majlis itu sambil disaksikan David (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia