Utusan Borneo (Sarawak)

4 sekeluarga melecur disambar api

Tumpahan petrol di bengkel motosikal milik keluarga mencetuska­n api

-

JOHOR BAHRU: Empat sekeluarga melecur selepas disambar api yang tercetus akibat tumpahan petrol di bengkel motosikal milik mereka di Pandan, di sini, malam kelmarin.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Johor Bahru Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam ketika keluarga terbabit sedang mengemas bengkel tersebut untuk menutup operasi perniagaan.

“Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun iaitu Teoh Hwa Teik, melecur sebanyak 20 peratus di badan dan kaki. Bapanya yang berumur 40 tahun, kakak dan abangnya yang berumur 15 dan 14 tahun pula hanya melecur sedikit di kaki dan tapak kaki,” katanya yang dihubungi di sini semalam.

Saiful Bahri berkata, ibu dan datuk kanak-kanak terb-

Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun iaitu Teoh Hwa Teik, melecur sebanyak 20 peratus di badan dan kaki. Bapanya yang berumur 40 tahun, kakak dan abangnya yang berumur 15 dan 14 tahun pula hanya melecur sedikit di kaki dan tapak kaki. Saiful Bahri Safar Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Johor Bahru Penolong Kanan Penguasa Bomba

abit turut berada di dalam premis itu, namun, mereka tidak cedera.

Katanya, bomba menerima maklumat kejadian pada jam 7.53 malam dan api didapati sudah dipadamkan oleh keluarga berkenaan sejurus bomba tiba dan kebakaran itu tidak menjejaska­n struktur bengkel.

Menurutnya, keempat- empat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk rawatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LECUR: Seorang anggota bomba dan penyelamat memberi bantuan kepada Teoh Hwa Teik, 12, yang melecur sebanyak 20 peratus dibadan dan kaki.
— Gambar Bernama LECUR: Seorang anggota bomba dan penyelamat memberi bantuan kepada Teoh Hwa Teik, 12, yang melecur sebanyak 20 peratus dibadan dan kaki.
 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Mustafar Ali beramah mesra dengan pegawai imigresen pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 Siri 3 Tahun 2017 di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Mustafar Ali beramah mesra dengan pegawai imigresen pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 Siri 3 Tahun 2017 di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia