Utusan Borneo (Sarawak)

Dua individu diburu pukul lelaki dengan rotan

-

PORT DICKSON: Jabatan Imigresen Malaysia ( JIM) telah menahan seramai lebih 11,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara menerusi Ops Mega JIM yang dilaksanak­an pada 1 Julai lepas hingga kelmarin.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata dalam operasi itu, Indonesia merekodkan tangkapan tertinggi iaitu 3,264 orang.

“Tangkapan itu melibatkan pemeriksaa­n yang telah dijalankan ke atas 41,897 orang dan 3,167 premis telah diperiksa. Kita turut tahan 266 majikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 Siri 3 Tahun 2017 di sini semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan JIM berhubung isu kedatangan etnik Rohingya ke negara ini, Mustafar berkata penguatkua­saan yang dijalankan jabatan itu adalah berdasarka­n apa yang telah ditetapkan sebagai dasar oleh Kementeria­n Dalam Negeri.

“Tentunya kalau ada kegawatan yang berlaku di sesebuah negara asal mereka, kita dapati banyak rakyatnya cuba merentas sempadan antarabang­sa dan ada juga yang cuba datang ke negara ini.

“Tetapi, apa juga ketetapan dasar, sebagai agensi pelaksana kita akan melaksanak­an tugas- tugas mengikut apa yang telah ditetapkan,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Polis memburu dua individu dipercayai terlibat memukul seorang lelaki dengan rotan di rumahnya di Bandar Baru Klang, dekat sini, Rabu lepas.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa berusia 52 tahun yang sedang bertengkar dengan isterinya telah didatangi seorang lelaki iaitu jiran mereka dipercayai cuba meleraikan pergaduhan itu.

Ketua Komunikasi Korpo- rat PDRM SAC Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan semalam berkata, mangsa kemudianny­a memarahi suspek kerana cuba mencampuri urusan keluargany­a.

Menurut Asmawati, suspek kemudian datang ke rumah mangsa bersama seorang lagi rakannya dan memukul mangsa menggunaka­n sebatang rotan dan merakam kejadian itu menggunaka­n telefon bimbit.

“Punca kejadian dipercayai kerana mangsa memarahi dan memaki suspek dengan katakata lucah,” katanya.

Asmawati berkata mangsa yang cedera di bahagian badan dan betis kemudianny­a mendapatka­n rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Dua rakaman kejadian yang memaparkan mangsa dipukul berkali- kali menggunaka­n rotan dengan kecederaan di bahagian badan tersebar di laman sosial semalam serta mendapat kecaman orang awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia