Utusan Borneo (Sarawak)

Bot nelayan asing ditahan di perairan Pontian

-

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 6 Johor Bahru (DM 6) menahan sebuah bot nelayan asing disyaki menceroboh perairan negara kira- kira 10 batu nautika barat Pulau Kukup dekat Pontian, kelmarin.

Pengarahny­a Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata bot KM Punggur Bahari 88 yang didaftarka­n di Cirebon, Indonesia itu ditahan pada 10.45 pagi.

“Bot tersebut ditahan oleh kapal ronda APMM yang melaksanak­an Ops Satria Selatan di perairan barat Johor.

“Semasa ditahan, terdapat peralatan menangkap ikan di atas bot itu, namun, tiada hasil tangkapan disebabkan bot tersebut baru keluar dari jeti di Indonesia dan baru mula beroperasi pada pagi semalam,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Syed Nor Adli berkata hasil pemeriksaa­n mendapati bot terbabit dikendalik­an oleh seorang tekong dan 12 orang awak-awak warganegar­a Indonesia berumur lingkungan 17 hingga 49 tahun.

Beliau berkata bot bersama tekong dan awak-awak tersebut kemudian dibawa ke Jeti APMM Sungai Pulai, di sini, untuk disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan akta berkaitan.

Katanya, APMM sentiasa memandang serius kesalahan seumpama itu kerana menjejaska­n pendapatan nelayan tempatan dan juga pesisir pantai di samping menjejaska­n ekosistem pembiakan ikan di kawasan tersebut.

“APMM akan meneruskan usaha membantera­s kemasukan nelayan asing melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia,” katanya.

Masyarakat boleh menyalurka­n maklumat jenayah di laut kepada APMM Johor Bahru di talian 010-3211066 (WhatsApp), pusat operasi di talian 07-2199496 dan talian MERS 999. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CEROBOH: APMM Daerah Maritim 6 Johor Bahru menahan sebuah bot nelayan asing KM Punggur Bahari 88 yang didaftarka­n di Cirebon, Indonesia kerana disyaki menceroboh perairan negara kira-kira 10 batu nautika barat Pulau Kukup dekat Pontian, kelmarin.
— Gambar Bernama CEROBOH: APMM Daerah Maritim 6 Johor Bahru menahan sebuah bot nelayan asing KM Punggur Bahari 88 yang didaftarka­n di Cirebon, Indonesia kerana disyaki menceroboh perairan negara kira-kira 10 batu nautika barat Pulau Kukup dekat Pontian, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia