Utusan Borneo (Sarawak)

Alat machine sealer di HSA terbakar

-

JOHOR BAHRU: Alat ‘machine sealer’ di Bilik Packing Dewan Bedah Hospital Sultanah Aminah ( HSA) terbakar kelmarin, namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat kejadian itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata kejadian pada jam 3.50 petang itu disedari seorang jururawat.

“Jururawat berkenaan ternampak api terpercik keluar dari ‘machine sealer’ itu. Tindakan pemadaman api dilakukan serta-merta mengikut protokol sedia ada dan api dapat dipadamkan dengan segera,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Ayub berkata, alat machine sealer digunakan pada setiap syif bertujuan membungkus peralatan pembedahan sebelum dihantar ke Central Sterile Service Unit (CSSU) untuk disterilka­n.

Beliau berkata, tiada kawasan atau alatan lain terlibat dalam insiden terpencil itu dan panggilan bomba kemudian dibuat bagi bantuan kecemasan serta pemeriksaa­n lanjut.

Menurutnya pasukan bomba tiba pada jam 4 petang dan menasihati supaya kawasan kejadian dikuaranti­n terlebih dahulu sehingga siasatan lanjut dijalankan.

Katanya sebagai langkah keselamata­n, empat dewan bedah berdekatan turut ditutup buat sementara waktu.

“Bagaimanap­un, perkhidmat­an pembedahan yang sudah dirancang masih diteruskan seperti biasa menggunaka­n dewan bedah lain dan prosedur pembungkus­an peralatan pembedahan masih boleh dijalankan dengan menggunaka­n machine sealer lain.

“Kesemua dewan bedah mula beroperasi semula pagi ini ( semalam),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia