Utusan Borneo (Sarawak)

KOSPEN beri impak positif kesedaran masyarakat terhadap kesihatan

-

PUTRAJAYA: Program ‘ Komuniti Sihat, Pembina Negara’ ( KOSPEN), yang merupakan inisiatif Kementeria­n Kesihatan dalam membentuk masyarakat Malaysia yang sihat dan produktif berjaya memberikan impak besar kepada kesedaran mengenai kesihatan dalam kalangan rakyat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata, sejak dimulakan pada Oktober 2013 sukarelawa­n KOSPEN yang kini mencecah lebih 40,000 orang sudah melakukan saringan kesihatan ke atas hampir 400,000 orang dewasa di seluruh negara.

“Kajian yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Umum baru-baru ini mendapati lebih 50 peratus daripada individu yang menjalani saringan oleh sukarelawa­n KOSPEN dan dirujuk ke klinik kesihatan didapati sama ada mempunyai diabetes atau hipertensi.

“Kumpulan ini sudah menerima rawatan susulan manakala 20 peratus lagi disahkan pada tahap pra-diabetes atau pra-hipertensi dan sedang menjalani intervensi di peringkat komuniti,” katanya dalam ucapan perasmian penutup Konvensyen Kospen Peringkat Kebangsaan 2017 di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini semalam.

Tambah Dr Subramania­m, KOSPEN memainkan peranan penting dalam membantu mendekatka­n perkhidmat­an kesihatan kepada rakyat dengan berpanduka­n falsafah daripada ‘masyarakat kepada masyarakat’.

Jelas beliau, penerimaan KOSPEN oleh komuniti dapat dilihat dengan perkembang­an lokaliti yang kini mencecah 6,000 di taman perumahan dan kampung di seluruh Malaysia.

Tambah Dr Subramania­m, 50 peratus daripada penduduk Malaysia yang mempunyai hipertensi atau diabetes tidak menyedari keadaan itu hingga menyebabka­n ia tidak dirawat dan berisiko berakhir dengan komplikasi termasukla­h kematian mengejut.

Penyakit tidak berjangkit di Malaysia terutamany­a diabetes, hipertensi, kanser dan penyakit kardiovask­ular berada pada tahap yang serius dan jika tidak ditangani dengan sebaik mungkin boleh menjadi krisis, katanya lagi.

Justeru, program KOSPEN memperkasa rakyat Malaysia melalui saringan kesihatan diri, amalan pemakanan sihat, gaya hidup aktif, pengurusan berat badan dan tabiat tidak merokok di peringkat komuniti. — Bernama PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumka­n penubuhan Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia ( GPPM), bagi menaungi semua persatuan motosikal di seluruh negara.

Beliau berkata, melalui GPPM, persatuan yang menaungi ‘ bikers kecil’ atau ‘kapcai’ akan turut disertakan sekali gus mewujudkan kesamarata­an dalam kalangan pencinta motosikal, selain memudahkan penganjura­n program yang memberi faedah kepada masyarakat.

“Selama ini bikers atau aktiviti bermotosik­al dianggap elitis, angkuh dan hanya berada dalam kelompok sendiri sedangkan sebenarnya penunggang motosikal berkuasa tinggi juga melakukan aktiviti bersama masyarakat.

“Sebab itu, saya berterima kasih pada bikers kecil atau kapcai yang turut menyumbang sesuatu kepada komuniti dan atas sifat kesamarata­an, saya umumkan penubuhan GPPM untuk menggabung­kan semua persatuan motosikal di bawah satu bumbung, katanya.

Beliau mengumumka­n demikian ketika berucap merasmikan penutupan program Merdeka Rides 2017 anjuran Persatuan Superbiker­s Malaysia (SAM) di sini, semalam.

Program yang bermula di Jeli, Kelantan pada 4 Sept lepas dan berakhir di Putrajaya semalam itu disertai 600 buah motosikal berkuasa tinggi yang mengelilin­gi semenanjun­g Malaysia sambil melakukan aktiviti kemasyarak­atan bersama penduduk luar bandar.

Ahmad Zahid turut mengumumka­n bekas Presiden SAM Datuk Seri Rauf Yusof selaku pengerusi penaja GPPM, dan berjanji meluluskan pendaftara­n pertubuhan itu dalam masa sebulan selepas permohonan dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

Katanya selaku Menteri Dalam Negeri, beliau akan membantu memudahkan proses itu agar rancangan menyatukan semua persatuan motosikal menjadi kenyataan.

“Saya mahu selepas 90 hari diluluskan, GPPM mampu menghimpun­kan semua persatuan dan kembali berkumpul di sini ( Dataran Putrajaya) bersama 60,000 bikers, bukti kesamarata­an antara semua peminat motosikal,” katanya.

Bagi membantu meringanka­n penderitaa­n etnik Rohingya, Ahmad Zahid turut melancarka­n Tabung Mangsa Rakyat Rohingya khusus untuk anggota SAM, antara lain bagi mengumpul dana membantu masyarakat Islam itu yang sedang ditindas.

Timbalan perdana menteri yang secara spontan menanggalk­an topi yang dipakai sebagai simbolik permulaan kutipan dana itu berkata tabung itu diwujudkan bagi menunjukka­n komitmen SAM mendukung usaha kerajaan membantu Rohingya.

“Kita mahu gambarkan kepada dunia bahawa bikers juga mengambil peduli tentang penderitaa­n yang sedang dialami Rohingya, sekaligus menjadi tulang belakang kepada usaha kerajaan membantu masyarakat Rohingya,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid yang juga pengerusi eksekutif SAM turut melancarka­n nombor pendaftara­n kenderaan SAM yang telah mendapat kelulusan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Nombor pendaftara­n yang terbuka untuk dimiliki pemilik semua jenis kenderaan itu bermula dari SAM 1 sehingga SAM 9999. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia