Utusan Borneo (Sarawak)

JLKN naik taraf pangkalan data pelatih

Pelatih yang belum mendapat kerja dikesan untuk ditawarkan latihan kemahiran

-

MELAKA: Jabatan Latihan Khidmat Negara ( JLKN) akan menaik taraf pangkalan data pelatih bagi mengesan mereka untuk ditawarkan pelbagai kursus kemahiran dan vokasional di bawah Fasa 2 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata inisiatif berkenaan bertujuan membantu bekas pelatih PLKN terdahulu yang masih tidak mendapat sebarang tawaran pekerjaan atau tiada pekerjaan tetap.

Beliau berkata Fasa 2 PLKN 2.0 ini merupakan tawaran latihan dalam bidang kemahiran teknikal di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta untuk tempoh antara tiga hingga 36 bulan bergantung kepada bidang kemahiran yang dipilih.

“Ia baharu dilancarka­n pada tahun lepas dan sehingga kini, PLKN telah melatih lebih 800,000 pelatih di seluruh negara. Jadi ini juga merupakan peluang baik untuk bekas pelatih PLKN yang telah lama menamatkan latihan agar mereka mendapat pekerjaan yang sesuai untuk meneruskan kehidupan lebih baik pada masa hadapan.

“Lagipun kita lihat usaha ini mula mendapat respons

Lagipun kita lihat usaha ini mula mendapat respons positif daripada ibu bapa pelatih setelah mereka diberi pendedahan dan penerangan tentang kursus yang ditawarkan melalui PLKN selain menerima pelbagai tawaran daripada pihak swasta yang menawarkan pelbagai kursus kemahiran. Datuk Seri Mohd Johari Baharum Timbalan Menteri Pertahanan

positif daripada ibu bapa pelatih setelah mereka diberi pendedahan dan penerangan tentang kursus yang ditawarkan melalui PLKN selain menerima pelbagai tawaran daripada pihak swasta yang menawarkan pelbagai kursus kemahiran,” katanya kepada pemberita selepas menutup PLKN 2.0 Kumpulan 2 Siri 14/2017 di sini, semalam.

Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pengarah JLKN Datuk Mohmed Asri Yusof itu, seramai 309 pelatih PLKN dari Kem Hutan Rekreasi Ayer Keroh dan Kem Warisan Masjid Tanah selesai menjalani sesi latihan selama lapan minggu.

Mengulas lanjut, Mohd Johari berkata kira-kira 86.6 peratus daripada 4,987 pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 14/2017 dari 27 kem di seluruh negara berminat untuk mengikuti latihan di bawah Fasa 2 meliputi pelbagai bidang termasuk elektrik, elektronik, automotif, rekaan dan fesyen, multimedia serta minyak dan gas.

Beliau berkata melalui kerjasama berkenaan, pelatih berpeluang melanjutka­n pengajian dalam bidang yang diminati tanpa perlu memohon menerusi Unit Pengambila­n Universiti.

Katanya, kursus yang ditawarkan di bawah Fasa 2 merupakan bidang yang mempunyai permintaan tinggi daripada pihak industri atau majikan serta mampu membantu bekas pelatih memperoleh pendapatan yang tinggi.

Selain itu katanya, pihaknya kini sedang bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan untuk menawarkan kursus pemandu pelancong bagi melahirkan golongan profesiona­l dalam bidang berkenaan.

“Kita lihat pekerjaan sebagai pemandu pelancong sekarang mempunyai permintaan yang tinggi lebihlebih lagi industri pelanconga­n di negara ini semakin berkembang maju dan pent- ing untuk kita mempunyai pemandu pelancong yang profesiona­l dan berkaliber,” katanya.

Sementara itu, Mohd Johari berkata kira-kira 10,000 pelatih baharu akan diambil bagi kumpulan 3 PLKN yang dijangka akan bermula pada hujung bulan ini, bagi mencapai sasaran iaitu seramai 20,000 pelatih mengikuti PLKN sepanjang tahun ini.

Beliau berkata setakat ini, seramai 11,972 pelatih daripada kumpulan 1 dan 2 telah mengikuti PLKN bagi tahun ini dan Ketua Pengarah JLKN telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai pendidikan daerah dan negeri di seluruh negara dalam usaha menarik penyertaan lebih ramai pelatih untuk mengikuti program berkenaan.

Katanya banyak penambahba­ikan yang telah dilaksanak­an dalam PLKN 2.0 termasuk dari aspek keselamata­n pelatih, kebersihan, modul atau kursus yang ditawarkan serta kem. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Johari (tengah) bersama para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 Kumpulan 2 Siri 14/2017 selepas perasmian penutup program itu semalam.
— Gambar Bernama ALBUM: Johari (tengah) bersama para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 Kumpulan 2 Siri 14/2017 selepas perasmian penutup program itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia