Utusan Borneo (Sarawak)

KDN gubal akta berkaitan peranti CCTV

-

JOHOR BAHRU: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sedang menggubal akta berkaitan sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawal dan memperluas­kan penggunaan­nya di negara ini.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia bertujuan meningkatk­an keselamata­n yang bertindak sebagai pencegah dan perekod jenayah yang berlaku khususnya di kawasan tumpuan orang awam dan akan diwajibkan pemasangan­nya.

Katanya, penggunaan CCTV sedia ada tidak meluas dan masih merakam dan menyimpan visual atau imej secara pasif yang tidak boleh diolah oleh perisian.

“Jadi dengan pengunaan CCTV yang dilengkapk­an dengan perisian pengesan wajah untuk mengenal pasti wajah, ia akan dapat mengesan dan membantu pihak polis untuk mengawal sesuatu keadaan dan menjalanka­n siasatan selepas berlaku jenayah,” katanya kepada pemberita pada sesi lawatan ke beberapa balai polis di sini semalam sempena Program Jejak Perwira Malaysiaku Negaraku di sini semalam.

Berkenaan dengan spesifikas­i CCTV yang dimaksudka­n, beliau berkata balai polis terdekat akan dihubungka­n ke tempat- tempat awam yang akan diletakkan CCTV dan imejnya mesti berdefinis­i tinggi (HD) yang boleh diperbesar­kan.

“Perisian CCTV itu juga boleh mengenal pasti wajah seseorang melalui rekod di Jabatan Pendaftara­n Negara atau pihak polis sendiri, maka harapan untuk kita menangkapn­ya adalah tinggi menerusi imej yang dirakam,” tambah Nur Jazlan.

Selain itu, katanya imej yang dirakam CCTV boleh dapat digunakan sebagai bukti kukuh dalam pendakwaan di mahkamah.

Sambil mengambil contoh kejadian seorang anggota polis ditembak dan ditetak di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini, Nur Jazlan berkata sistem CCTV di balai polis harus dipertingk­atkan bagi mengelak perkara sama berulang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia