Utusan Borneo (Sarawak)

Isu kilang haram beri impak kepada karier ADUN Penanti

DAP tidak menyukainy­a kerana bangkitkan isu berkenaan

-

BUKIT MERTAJAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Ariffin mengakui isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu dekat sini, yang sering dibangkitk­annya, memberi kesan buruk kepada karier politik beliau.

ADUN PKR itu turut mendakwa tindakanny­a itu menyebabka­n kerajaan negeri pimpinan DAP tidak menyukainy­a, namun menegaskan beliau berbuat demikian demi kebajikan dan kepentinga­n rakyat.

Katanya, namanya disebut-disebut dalam isu kilang haram itu seolah-olah beliau melakukan kesalahan kerana membangkit­kan isu berkenaan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei lalu dan ketika Mesyuarat Tindakan Daerah 2017.

Beliau berkata, sebaliknya tindakan itu diambil setelah beliau menerima bantahan daripada 168 penduduk menerusi 18 muka surat yang dihantar kepadanya ketika sidang DUN lalu.

“Saya tahu tindakan ini berlawan arus dan beri kesan buruk kepada karier politik tetapi demi tugas untuk selesaikan aduan rakyat yang terseksa dengan masalah ini, saya akan terus berusaha serta bangkitkan pada persidanga­n DUN.

“Usaha saya membangkit­kan masalah itu pada sidang DUN lalu akhirnya diambil perhatian dan berharap lebih banyak kilang haram dapat ditangani melalui proses pemutihan oleh JAS supaya premis mereka boleh beroperasi mengikut peraturan ditetapkan,” kata Dr Norlela kepada pemberita selepas Program Penanti River Run di Kampung Terus di sini, semalam.

Katanya, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) juga telah merekodkan keterangan­nya bagi membantu siasatan kes penyalahgu­naan kuasa berhubung kilang habuk kayu yang beroperasi secara haram di Sungai Lembu sejak 10 tahun lepas.

Dalam pada itu, katanya, beliau akan mengusulka­n akta yang lebih berkesan untuk diguna pakai bagi mengambil tindakan ke atas kilang-kilang yang beroperasi secara haram di Pulau Pinang, terutama yang mencemarka­n alam sekitar.

Menurut, beliau pihaknya akan membawa sekali lagi usul Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) pada persidanga­n DUN akan datang, dijangka November nanti.

“Saya pernah usulkan akta itu pada sidang DUN dua tahun lepas supaya kerajaan negeri DAP mengambil tindakan ke atas kilang memproses habuk kayu di Sungai Lembu yang beroperasi lebih 10 tahun namun Ketua Menteri ( Lim Guan Eng) menolaknya,” katanya.

Beliau berkata Akta Perancanga­n Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang diguna pakai sekarang dilihat kurang berkesan untuk menangani kewujudan kilang haram, selain memperuntu­kkan kompaun yang terlalu kecil iaitu sebanyak RM250.

“Saya rasa kerajaan negeri perlu lebih tegas mengatasi kewujudan kilang haram terutamany­a apabila membabitka­n penduduk yang terpaksa menderita akibat masalah pencemaran.

“Akta 133 adalah lebih tegas kerana ia membolehka­n tindakan terus diambil terhadap pemilik kilang yang tidak mematuhi peraturan tanpa perlu dirujuk kepada pihak mahkamah,” katanya. — Bernama

Saya tahu tindakan ini berlawan arus dan beri kesan buruk kepada karier politik tetapi demi tugas untuk selesaikan aduan rakyat yang terseksa dengan masalah ini, saya akan terus berusaha serta bangkitkan pada persidanga­n DUN. Dr Norlela Ariffin ADUN Penanti

 ?? — Gambar Bernama ?? PERKHIDMAT­AN BERGERAK: Khairy (tiga, kiri) bergambar bersama sebahagian peserta sempena perasmian Program Mobile Community Transforma­tion Centre (CTC) Peringkat Daerah Rembau 2017 di Dewan Agora semalam.
— Gambar Bernama PERKHIDMAT­AN BERGERAK: Khairy (tiga, kiri) bergambar bersama sebahagian peserta sempena perasmian Program Mobile Community Transforma­tion Centre (CTC) Peringkat Daerah Rembau 2017 di Dewan Agora semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? ‘Satu Hati !: Mah Siew Keong (dua, kiri) melaungkan ‘Satu Hati’ bersama barisan kepimpinan dan para Perwakilan ketika hadir merasmikan Persidanga­n Perwakilan Parti Gerakan Perak 2017 semalam.
— Gambar Bernama ‘Satu Hati !: Mah Siew Keong (dua, kiri) melaungkan ‘Satu Hati’ bersama barisan kepimpinan dan para Perwakilan ketika hadir merasmikan Persidanga­n Perwakilan Parti Gerakan Perak 2017 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia