Utusan Borneo (Sarawak)

GERAKAN lantik penyelaras di setiap DUN hadapi PRU14

-

IPOH: GERAKAN telah melantik penyelaras di setiap Dewan Undangan Negeri ( DUN) sejak tiga tahun lepas bagi melancarka­n gerak kerja parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Presidenny­a Datuk Seri Mah Siew Kiong berkata, langkah itu diambil sebagai mengambil iktibar daripada kekalahan teruk dialami parti itu pada PRU13.

“Kami lantik penyelaras ini untuk melicinkan gerak kerja parti dan mengambil iktibar daripada kekalahan yang berlaku pada PRU13. Pelantikan ini juga membuktika­n kami serius dan bersedia untuk menghadapi PRU14,” katanya.

Mah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Parti Gerakan Negeri Perak Tahun 2017 yang dihadiri 524 perwakilan parti seluruh negeri di sini, semalam.

Ditanya jumlah kerusi DUN yang mungkin ditandingi GERAKAN pada PRU14, katanya, perkara itu masih dalam perbincang­an namun menurutnya empat kerusi DUN sedang dalam pemerhatia­n parti.

Mah yang juga Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi turut menggesa setiap anggota GERAKAN menggunaka­n medium media sosial bagi menarik sokongan para pengundi terutama belia dan golongan atas pagar untuk mengundi BN pada PRU14.

“Medium media sosial amat penting dalam menyampaik­an sesuatu berita atau maklumat. Saya akui kita (GERAKAN) agak ketinggala­n dan gagal pada dua pilihan raya terdahulu disebabkan perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mah yakin BN akan mengekalka­n kemenangan di Perak dalam PRU14 berdasarka­n pelbagai pembanguna­n terutama di kawasan luar bandar telah dilaksanak­an di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Dr Zambry beramah mesra bersama perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Perwakilan IPF Negeri Perak ke-26 serta Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya IPF Perak di Dewan Kinta Indian Associatio­n (KIA Hall) semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Dr Zambry beramah mesra bersama perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Perwakilan IPF Negeri Perak ke-26 serta Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya IPF Perak di Dewan Kinta Indian Associatio­n (KIA Hall) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia