Utusan Borneo (Sarawak)

MCA sumbang RM1,000 kepada peniaga pasar besar Seremban yang terjejas

-

SEREMBAN: Sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000 antara bantuan awal yang disumbangk­an MCA melalui Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) kepada setiap peniaga yang terjejas selepas premis perniagaan mereka di Pasar Besar Seremban, hangus dijilat api dalam kebakaran kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, bantuan itu akan diberikan kepada kira-kira 327 pemilik premis di tingkat satu pasar berkenaan yang terjejas.

“Sementara kita menunggu pelan tindakan terperinci, saya bagi pihak MCA telah mengumumka­n beberapa langkah bantuan kecemasan iaitu setiap pengusaha gerai yang terjejas akan menerima RM1,000 dari CRSM MCA untuk menghadapi saat kecemasan ini.

“Seterusnya tempat letak kereta pasar ini akan dijadikan sebagai tapak perniagaan sementara bagi membolehka­n peniaga yang terjejas yang mahu meneruskan perniagaan mereka, untuk terus berniaga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke pasar berkenaan di sini, semalam.

Katanya selain itu, Majlis Perbandara­n Seremban juga akan menyediaka­n penjana elektrik sementara di perkaranga­n pasar susulan arahan pihak Tenaga Nasional Berhad dan pihak bomba supaya bekalan elektrik utama perlu ditutup sementara kerja penyiasata­n forensik dilakukan

“Bagi memudahkan para peniaga dan melancarka­n urusan perniagaan mereka, kita juga tempatkan tandas bergerak telah disediakan untuk kegunaan semua,” katanya.

Mengulas lanjut, Chong berkata tindakan seterusnya akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankua­sa Khas yang dipengerus­ikan Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) Datuk Abd Halim Abd Latif untuk merancang tindakan seterusnya berdasarka­n pendapat dan cadangan penjaja yang terlibat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia