Utusan Borneo (Sarawak)

The Citizens membelasah Liverpool di Etihad

United hilang rekod bersih kemenangan apabila seri 2-2 di Stoke City pada aksi liga pada Sabtu lepas

-

LONDON, England: Manchester City mengambil sepenuh peluang dari kad merah Sadio Mane untuk membelasah Liverpool 50 sementara Manchester United kehilangan rekod bersih kemenangan apabila seri 2-2 di Stoke City dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Penjaga gol City, Ederson, terpaksa dikeluarka­n dari padang selepas terkena tendangan Mane di mukanya ketika perebutan bola, dengan penyerang Liverpool itu dilayangk a n k a d m e - r a h sertam e r t a pada lewat separuh masa pertama.

City sudah mendahului 1-0 ketika itu menerusi gol Sergio A g u e r o dan dua gol masing-masing dari Gabriel Jesus dan pemain gantian Leroy Sane melengkapk­an kemenangan terbesar City ke atas Liverpool sejak 1937.

City belum tewas dalam 12 perlawanan liga, pencapaian terbaik mereka di bawah kendalian Pep Guardiola sementara Aguero ketika ini penjaring terbanyak pemain bukan Eropah dalam sejarah Liga P e r d a n a I n g g e r i s d e n g a n 124 gol. “S e - lepas 10 l a w a n 11, ia l e b i h mudah untuk k a m i d a n k a m i b e r - main dalam s e p a - ruh masa k e d u a s e p e r t i yang kami mahukan,” kata Guardiola. P e n g u - rus Liverpool, Jurgen Klopp berkata: “Ia ( kad merah) penentu kes- eluruhan perlawanan. Saya tidak fikir ia sewajarnya kad merah, Sadio tidak melihat penjaga gol.”

Selepas permulaan cemerlang, United bolos buat kali pertama dalam liga musim ini apabila Eric Maxim Choupo- Moting menyempurn­akan hantaran lintang Mame Biram Diouf pada mini ke-43 untuk gol pertamanya bersama Stoke.

United mengikat kedudukan dari satu tendangan sudut, Henrikh Mkhitaryan, dengan tandukan Paul Pogba terkena rakan penyerang Marcus Rashford dan masuk ke pintu gol.

United kemudian mendahului kedudukan buat kali pertama pada minit ke-57 apabila umpanan Mkhitaryan disempurna­kan oleh Romelu Lukaku.

Tetapi apabila pemain pertahanan United, Phil Jones gagal menangani satu tendangan sudut Stoke, Choupo-Moting menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-63.

Walaupun tercicir mata buat kali pertama dalam empat perlawanan, United kekal di tangga teratas liga dan di hadapan kelab jirannya, Manchester City dengan perbezaan gol.

“Ia adalah perlawanan yang sukar. Pemain saya, selepas rehat antarabang­sa, tidak mempunyai rentak permainan yang sama,” kata Mourinho.

“Saya tidak berpuas hati dengan satu mata kerana kami adalah pasukan yang hampir mencapai kemenangan.”

Di Stadium Emirates, Arsenal mengurangk­an tekanan ke atas pengurusny­a, Arsene Wenger dengan membelasah Bournemout­h 3-0.

Dihentam dengan pelbagai kritikan selepas Arsenal tewas kepada Stoke City dan Liverpool, Danny Welbeck mengembali­kan keceriaan Wenger dengan membuka jaringan dari satu hantaran lintang Sead Kolasinac.

Rakan penyerang Alex- andre Lacazette menambah jaringan pada minit ke-27 untuk gol kedua beliau bersama Arsenal sejak perpindaha­n dari Lyon pada penutup musim.

Welbeck melengkapk­an jaringan untuk gol kedua p e r i b a d i dari satu ump- anan Aaron Ramsey pada minit ke-50 untuk kemenangan pertama Arsenal sejak minggu pertama musim baharu.

Alexis Sanchez dimasu- kkan dari bangku simpanan pada lewat permainan untuk penampilan pertama beliau bersama Arsenal ekoran kegagalan perpindaha­n ke Manchester City pada saat akhir s e b e l u m tamat jendela perpindaha­n pemain. “Ia prestasi yang serius. Kami bermain dengan sangat baik,” kata Wenger. Harry Kane mencapai angka ke-100 jaringan bersama Tottenham selepas dua gol beliau membantu Spurs menewaskan Everton 3-0 di Goodison Park.

Kane menjaringk­an gol ke-100 – dan gol pertama musim ini – pada minit ke28 dengan satu tendangan lambung melepasi penjaga gol Jordan Pickford.

Christian Eriksen menambah jaringan pada minit ke-42 selepas Pickford gagal menolak kelas rembatan Ben Davies.

Kane melengkapk­an jaringan pada minit ke-46 untuk menamatkan sebarang harapan kebangkita­n pasukan tuan rumah.

Chelsea terselamat asakan lewat pasukan tuan rumah untuk mencipta tiga kemenangan berturut-turut dengan menewaskan Leicester City 2-1.

Skuad kendalian Antonio Conte membuka jaringan dari tandukan Alvaro Morata pada minit ke-42.

N’Golo Kante adalah pemain penting Leicester ketika muncul juara Liga Perdana dua tahun yang lalu dan pemain tengah itu kembali menghantui bekas kelabnya dengan gol kedua Chelsea pada minit ke-50.

Jamie Vardy merapatkan kedudukan buat Leicester dari satu tendangan penalti dan Conte berkata: “Kami berasa sangat gembira. Kami mengawal permainan dan boleh menjaringk­an lebih banyak lagi gol.”

Pada perlawanan lain, Brighton mencipta kemenangan pertama mereka dalam liga elit sejak 34 tahun apabila menewaskan West Bromwich Albion 3-1 di Stadium Amex sementara Watford menewaskan Southampto­n 2-0 di St Mary. — AFP

Selepas 10 lawan 11, ia lebih mudah untuk kami dan kami bermain dalam separuh masa kedua seperti yang kami mahukan. Pep Guardiola Jurulatih Manchester City

 ?? — Gambar Reuters ?? DIBUANG PADANG: Mane (kanan) melakukan kekasaran ke atas penjaga gol City, Ederson Moraes ketika bersaing untuk mendapatka­n bola pada aksi liga di Stadium Etihad, Manchester pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuters DIBUANG PADANG: Mane (kanan) melakukan kekasaran ke atas penjaga gol City, Ederson Moraes ketika bersaing untuk mendapatka­n bola pada aksi liga di Stadium Etihad, Manchester pada Sabtu lepas.
 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia