Utusan Borneo (Sarawak)

Munich dikejutkan 0-2 di Hoffenheim

-

BERLIN, Jerman: Penyerang Mark Uth, menjaringk­an dua gol ketika Bayern Munich dikejutkan 0-2 di Hoffenheim dalam aksi Bundesliga Jerman Sabtu lepas.

Jurulatih Bayern, Carlo Ancelotti, menerima padah kerana merombak skuad dengan meletakkan Arjen Robben dan Franck Ribery di bangku simpanan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Anderlecht Selasa ini.

Thomas Mueller bermula di sayap kanan tetapi bermain dengan hambar walaupun mencipta dua gol ketika skuad kebangsaan Jerman membelasah Norway 6-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 sebelum ini.

Bayern tewas walaupun menguasai 72 peratus permainan dan mempunyai 23 cubaan ke pintu gol lawan sementara Hoffenheim menjaringk­an dua gol dari hanya enam cubaan.

“Kami tidak bermain dengan lebih baik selepas ketinggala­n 0-1,” kata kapten Bayern, Manuel Neuer.

“Kami mengawal sepenuhnya permainan tetapi kami gagal membuka jaringan, itu adalah masalahnya.”

Selepas tiga perlawanan, Bayern berada di tangga kelima liga – kali pertama mereka berada pada kedudu- kan yang jarang berlaku ini sejak Ogos 2014.

Hoffenheim berada di tangga kedua liga, di belakang Borussia Dortmund, yang diikat tanpa jaringan di Freiburg.

Hoffenheim membuka jaringan pada minit ke-27 sebelum menambah jaringan pada minit ke-51, memaksa Ancelotti memasukkan Ribery dan James Rodriguez pada 15 minit terakhir tetapi ia tetap gagal memberikan sebarang impak.

Selepas gagal menewaskan Bayern dari 17 perlawanan pertama, Hoffenheim sekarang sudah mencipta dua kemenangan berturut-turut selepas menewaskan Bayern 1-0 pada bulan April.

Perlawanan lain menyaksika­n Eintracht Frankfurt menewaskan Borussia Moenchengl­adbach 1-0 menerusi gol pertama Kevin- Prince Boateng dalam Bundesliga sejak tiga tahun.

Alfred Finnbogaso­n menjaringk­an hatrik ketika Augsburg menewaskan Cologne 3-0.

Abdou Diallo dan Suat Serdar menjaringk­an gol dalam separuh masa kedua ketika Mainz bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Bayer Leverkusen 3-1 dan Wolfsburg seri 1-1 dengan Hanover 96. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GOL KETIGA: Balotelli meraikan jaringanny­a pada perlawanan Ligue 1 Perancis menentang Monaco di Nice, Perancis Sabtu lepas.
— Gambar Reuters GOL KETIGA: Balotelli meraikan jaringanny­a pada perlawanan Ligue 1 Perancis menentang Monaco di Nice, Perancis Sabtu lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? TEWAS: Ribery (dua kanan) dan rakan sepasukan jelas hampa ketika meninggalk­an padang selepas tamat perlawanan di Hoffenhiem, Jerman Sabtu lepas.
— Gambar Reuters TEWAS: Ribery (dua kanan) dan rakan sepasukan jelas hampa ketika meninggalk­an padang selepas tamat perlawanan di Hoffenhiem, Jerman Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia