Utusan Borneo (Sarawak)

Stephens ungguli Terbuka AS

Tewaskan Keys 6-3 dan 6-0 julang kejuaraan Grand Slam sulung

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Sloane Stephens, yang tidak beraksi selama 11 bulan kerana kecederaan kaki kiri sebelum kembali beraksi pada bulan Julai lalu, memenangi kejuaraan Grand Slam sulung beliau dengan mudah menewaskan rakan senegarany­a dari AS, Madison Keys 6-3 dan 6-0 di final Terbuka AS Sabtu lepas.

Stephens membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah 3.7 juta dolar untuk hadiah kemenangan terbesar dalam kerjayanya selepas menewaskan salah seorang rakan rapat pada pertemuan final pertama di antara dua pemain tuan rumah sejak 2002.

“Saya boleh bersara sekarang,” kata Stephens. “Saya tidak akan dapat mengatasi pencapaian ini. Bila bercakap tentang kebangkita­n semula, semuanya kelihatan menjadi dalam enam minggu terakhir.”

Dengan 15 kemenangan dari 17 perlawanan terakhir, Stephens menjadi pemain bukan pilihan yang kelima yang memenangi satu kejuaraan Grand Slam (wanita), walaupun Jelena Ostapenko dari Latvia berjaya melakukan perkara yang sama apabila muncul juara di Terbuka Perancis sebagai bukan pemain pilihan.

Sebelum ini, pemain bukan pilihan lain yang muncul juara Terbuka AS ialah Kim Clijsters, yang kembali dari persaraan untuk muncul juara pada 2009.

“Ia hebat sekali,” kata Stephens. “Saya menjalani pembedahan pada 23 Januari. Jika ada orang memberitah­u bahawa saya akan memenangi Terbuka AS, saya berkata ia

Saya tidak akan dapat mengatasi pencapaian ini. Bila bercakap tentang kebangkita­n semula, semuanya kelihatan menjadi dalam enam minggu terakhir. Sloane Stephens Pemain tenis dari Amerika Syarikat

mustahil, sangat mustahil.

“Perjalanan kejuaraan ini sangat hebat dan secara jujurnya saya tidak mahu mengubahny­a untuk perkara lain.”

Stephens hanya melakukan enam kesilapan mudah berbanding 30 yang dilakukan oleh Keys.

Ia adalah final pertama dalam bahagian wanita di mana pemain yang tewas gagal memberikan sebarang saingan yang kuat sejak Chris Evert menewaskan Evonne Goolagong 6-3 dan 6-0 pada 1976.

“Saya tidak bermain di tahap terbaik saya hari ini dan saya berasa kecewa tetapi Sloane memberikan kata-kata semangat dan jika ada pemain yang saya boleh akui kekalahan saya, ia pastinya beliau. Sloane sememangny­a salah seorang pemain kegemaran saya.

“Jika anda memberitah­u saya dua bulan lepas saya akan memenangi trofi naib juara, saya sememangny­a berasa gembira dan bangga dengan diri saya.”

Keys, yang diletakkan sebagai pilihan oe- 15 dan Stephens, yang berada pada ranking dunia ke-83, masing-masing bergelut dengan kecederaan untuk melangkah ke final.

Stephens kembali beraksi di Wimbledon dan jatuh ke ranking 957 dunia sebelum melangkah ke peringkat separuh akhir pada kejohanan persediaan Terbuka AS di Toronto dan Cincinnati sementara Keys menjalani pembedahan kedua pada kecederaan pergelanga­n tangan kiri selepas Terbuka Perancis dan memenangi kejohanan di Stanford sebelum ke Terbuka AS.

Dengan kemenangan ini, Stephens akan melonjak ke ranking ke-17 dunia sementara Keys, akan naik ke ranking ke-12. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEJAYAAN SULUNG: Stephens memberikan ‘pose’ istimewa bersaa trifi kejuaraan ketika meraikan kejayaanny­a menjuarai Terbuka AS selepas menewaskan Keys di di New York, Amerika Syarikat Sabtu lepas.
— Gambar Reuters KEJAYAAN SULUNG: Stephens memberikan ‘pose’ istimewa bersaa trifi kejuaraan ketika meraikan kejayaanny­a menjuarai Terbuka AS selepas menewaskan Keys di di New York, Amerika Syarikat Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia