Utusan Borneo (Sarawak)

Pahang, Melaka United isi dua slot suku akhir Piala Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Juara empat kali, Pahang dan Melaka United menjadi dua pasukan terakhir yang mengesahka­n slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas berakhirny­a saingan peringkat kumpulan, malam kelmarin.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang terpaksa bergelut sebelum mengatasi wakil Terengganu, T-Team 3-2, sekali gus mengesahka­n kemaraan selaku naib juara kumpulan A.

Tiga gol skuad Tok Gajah dijaringka­n oleh Matheus Alves pada minit ke- 39, Muhamad Nor Azam Abdul Azih minit ke-52 dan Yamil Romero pada minit ke-84 manakala dua gol pasukan pelawat dihasilkan oleh Syed Sobri Syed Mohd pada minit ke-51 dan Abdoulaye Youssouf Maiga, selang empat minit kemudian.

PKNP FC yang sudah melayakkan diri ke suku akhir, muncul juara kumpulan A walaupun seri tanpa jaringan menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Melaka United pula mengesahka­n tiket ke suku akhir selaku naib juara kumpulan C walaupun tewas 3-5 kepada UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Tiga gol Melaka United dijaringka­n oleh Jeon Woo Young pada minit ke-32, Mohd Azinee Taib minit ke55 dan Muhd Fauzi Rozlan pada minit ke-86.

Penyerang import dari Nigeria, Akanni Sunday Wasiu melakar jaringan hatrik untuk UiTM FC pada minit ke-12, minit ke-37 menerusi sepakan penalti dan gol ketiga pada minit ke-90 selain dua gol pemain import dari Korea Selatan, Do Donghyun pada minit ke-29 dan ke-72.

Juara bertahan, Kedah yang sudah mengesahka­n tiket ke suku akhir, muncul juara kumpulan C setelah mengatasi Kelantan 2- 0 di Stadium Darul Aman, hasil jaringan Sandro Da Silva pada minit ke-24 dan Ken Ilso Larsen pada minit ke-76.

Felda United pula mengiringi Perak ke suku akhir walaupun tewas 1-2 kepada pasukan berkenaan pada aksi terakhir kumpulan B di Stadium Perak, Ipoh.

Dua gol skuad ‘The Bos Gaurus’ dijaringka­n oleh Mohd Nizab Ayub pada minit ke- 25 dan Shahrul Mohd Saad pada minit ke-79 manakala gol tunggal Felda United disumbangk­an oleh Muhammad Danial Amier Norhisham pada minit ke51.

Kuala Lumpur pula menewaskan PKNS FC 20 di Stadium Hang Jebat, Melaka hasil dua gol daripada Guilherme de Paula pada minit ke-47 dan ke-83, namun ia tidak membawa sebarang makna kepada kedua- dua pasukan yang sudah tersingkir daripada saingan ke suku akhir.

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengatasi Selangor 3-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin untuk mengunggul­i kumpulan D.

Tiga gol skuad Harimau Selatan dijaringka­n oleh Mohamad Ghaddar pada minit ke-15 dan ke-74 serta Gary Steven Robbat pada minit ke-29 manakala gol tunggal Selangor dijaringka­n oleh Rufino Segovia pada minit ke-27. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia