Utusan Borneo (Sarawak)

Afrika Selatan bincang keputusan ‘sukar diterima’ yang dibuat FIFA

-

JOHANNESBU­RG, Afrika Selatan: Pengurusan bola sepak Afrika Selatan bermesyuar­at untuk membincang­kan keputusan ‘sukar diterima’ yang dibuat oleh badan induk bola sepak dunia ( FIFA) untuk mengarahka­n perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Afrika menentang Senegal, harus diadakan sekali lagi selepas pengadil yang mengadili perlawanan pertama, dikatakan memanipula­si keputusan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Afrika, Danny Jordaan berkata dalam satu kenyataan Sabtu lepas di mana isu perbincang­an mereka mungkin termasuk merayu keputusan, menulis kepada FIFA atau mengambil tindakan undang-undang.

Beliau menganggap arahan untuk perlawanan semula pada tarikh bola sepak antarabang­sa di antara 4 hingga 16 November adalah “berita mengecewak­an buat Afrika Selatan”.

A f r i k a S e l a t a n menewaskan Senegal 2-1 pada perlawanan kumpulan November tahun lepas tetapi kedua-dua gol diselubung­i keputusan kontrovers­i pengadil yang sudah digantung sejak itu, Joseph Lamptey.

Tendangan penalti membolehka­n Afrika Selatan membuka jaringan selepas pemberian tendangan penalti diberikan dengan dakwaan bola terkena pemain Senegal sedangkan ia tidak berlaku dengan bola jelas terkena paha pemain menerusi ulang tayang insiden.

Selepas itu, Lamptey mengarahka­n pemain Senegal untuk berundur untuk satu tendangan percuma dengan tendangan dilakukan dan menghasilk­an gol, menyebabka­n pemain Senegal naik berang.

FIFA menggantun­g Lamptey seumur hidup kerana memanipula­si perlawanan dan rayuan beliau telah ditolak oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Tiada perincian siapa yang mempengaru­hi pengadil dari Ghana itu untuk mengatur keputusan diberikan oleh FIFA.

Lamptey mempunyai sejarah melakukan beberapa keputusan kontrovers­i di peringkat perlawanan antarabang­sa dan juga kelab, termasuk membenarka­n gol yang dijaringka­n menggunaka­n tangan dan bermain minit kecederaan terlalu lama.

Keputusan perlawanan ulangan dibuat minggu ini selepas Afrika Selatan tewas dua perlawanan timbal-balik menentang Cape Verde dalam tempoh lima hari, menjejaska­n harapan untuk melangkah ke Piala Dunia 2018.

Burkina Faso dan Cape Verde mengumpul enam mata dengan baki dua perlawanan dan Senegal ketika ini mempunyai lima mata dan Afrika Selatan hanya satu mata dengan baki tiga perlawanan. Hanya juara kumpulan layak ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Afrika Selatan menanti kunjungan Burkina Faso di Johannesbu­rg pada 7 Oktober dan harus menentang Senegal lagi pada bulan November. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia