Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia sasar final acara bola sepak CP

-

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarka­n untuk mara ke final acara bola sepak Palsi Serebrum (CP) pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 dari 17 hingga 23 September ini.

Jurulatih skuad bola sepak CP negara, Asnan Mohd Zuki sasaran berkenaan bertujuan memastikan skuad kendaliann­ya layak beraksi secara automatik pada Sukan Para Asia 2018 di Indonesia selain Kejohanan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) Palsi Serebrum di India pada 2019.

“Saya lihat saingan kita pada kali ini adalah Thailand berdasarka­n prestasi mereka dalam beberapa edisi sebelum ini namun kita turut menganalis­is permainan pasukan lain seperti Myanmar dan Singapura,” katanya pada sidang media Program Kita Juara di sini, semalam.

Beliau berkata pemilihan pemain telah diadakan di seluruh negara sejak Januari tahun ini yang menyaksika­n 18 pemain terpilih menjalani latihan fasa akhir sejak Julai lepas.

Asnan memaklumka­n pemilihan pemain dibuat berdasar- kan keperluan pertanding­an iaitu setiap pasukan harus mempunyai pemain dalam setiap kategori berbeza iaitu CP 5-8.

“Kita mengekalka­n lima muka lama manakala selebihnya adalah pemain baharu. Latihan intensif diadakan di tiga tempat iaitu Pusat Kecemerlan­gan Paralimpik, Kampung Pandan, Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Kuchai Lama dan juga di Universiti Malaya sejak Julai lepas,” kata Asnan.

Dalam pada itu, penjaring terbaik skuad CP negara pada edisi 2015 di Singapura, Mohammad Sobri Ghazali bertekad memberikan persembaha­n terbaik bersama rakan sepasukan di laman sendiri.

“Saya yakin menerusi kerjasama dan semangat berpasukan di antara pemain baharu dan lama akan membantu skuad negara meraih keputusan positif nanti,” katanya.

Enam negara mengambil bahagian pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 iaitu Singapura, Kemboja, Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia selaku tuan rumah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia