Utusan Borneo (Sarawak)

30 tahun berkhidmat, Cikgu Yahaya hanya ‘MC’ 11 hari

-

HANYA 11 hari cuti sakit sepanjang 33 tahun berkhidmat sebagai guru.

Sukar dibayangka­n, namun itulah realiti pengorbana­n sebenar Tan Sri Yahaya Ibrahim demi anak didiknya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Yahaya dalam kalangan pendidik, berkata sikap malas termasuk ponteng kerja bukan sahaja bertentang­an dengan ajaran agama malah mampu memberi kesan kepada pelajar.

“Kita seronok boleh ponteng kerja. Kita perlu ikut ajaran agama (Islam), malah apabila bulan puasa, agama tak suruh kita berhenti kerja dan perlu bekerja macam biasa.

“Orang sekarang ini apabila hari Isnin atau Jumaat, ambil MC (cuti sakit) ... apa akan jadi pada negara dan anak cucu pada masa akan datang (jika bersikap sedemikian), ketika itu kita tidak mampu melindungi dan menjaga mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku ‘Yahya Ibrahim; Ikon Pendidikan Negara’ yang disempurna­kan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di Tanjong Malim, baru-baru ini.

Berkongsi rahsia kesihatann­ya, ikon pendidikan negara yang berumur 88 tahun itu berkata beliau mengamalka­n cara hidup sihat dengan berjalan secara perlahan selama 25 minit dan melakukan senaman fizikal selama 15 minit setiap pagi.

Selain itu, Yahaya juga menitikber­atkan soal keagamaan dan sentiasa menghargai kurniaan Allah serta berikhtiar membaiki segala kelemahan diri.

Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 18 Feb 1929, Yahaya yang merupakan lepasan Kirkby College memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan pada 1954 dan terus aktif sehingga hari ini dengan melibatkan diri dalam dunia pendidikan swasta serta pendidikan tinggi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berangkat pada pelancaran buku ‘Yahya Ibrahim; Ikon Pendidikan Negara’ di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berangkat pada pelancaran buku ‘Yahya Ibrahim; Ikon Pendidikan Negara’ di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
 ??  ?? YAHYA
YAHYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia