Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas penghidap kanser tulang cekal ke menara gading

-

BEKAS penghidap kanser tulang belakang dan berstatus orang kelainan upaya (OKU), Nur Syiham Naz’izan tidak menjadikan keduadua aspek itu sebagai tembok penghalang­nya untuk mendaki tangga menara gading.

Gadis berusia 20 tahun itu berkata akibat penyakit yang dideritain­ya ketika berusia 11 tahun tersebut, beliau mengalami kesakitan pada keduadua buku lali, sekali gus menyukarka­nnya untuk berjalan jauh.

“Saya disahkan menghidap kanser tulang belakang tahap tiga ketika di darjah lima dan terpaksa menjalani rawatan termasuk kemoterapi sebanyak enam kali. Alhamdulil­lah, ketika di tingkatan satu penyakit saya lega sepenuhnya (pulih), namun masih perlu menjalani pemeriksaa­n susulan setahun sekali,” katanya kepada pemberita, di Sintok, baru-baru ini.

Nur Syiham yang berasal dari Sungai Petani, Kedah adalah antara 4,957 pelajar baharu termasuk 511 pelajar antarabang­sa yang mendaftar untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana muda berkembar di Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi sesi akademik 2017/2018.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam itu berkata beliau memilih UUM kerana universiti tersebut mesra OKU termasuk menyediaka­n pengangkut­an bagi pelajar sepertinya.

“Saya yakin dengan kemudahan yang disediakan untuk golongan OKU di sini, saya dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang seperti pelajar normal lain,” kata pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat itu.

Bapanya Nazi’zan Saad, 46, berkata anak sulungnya itu seorang yang cekal dan tabah dalam menjalani kehidupann­ya.

“Dia juga sangat fokus dalam pengajian dan tidak suka bercakap banyak,” kata bapa kepada empat anak itu.

Menurutnya Nur Syiham bertekad membuktika­n golongan OKU sepertinya juga mampu belajar hingga ke menara gading. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia