Utusan Borneo (Sarawak)

Ungguli carta AS, akhiri penguasaan ‘Despacito’

-

LAGU baharu Taylor Swift yang berdendam menduduki tempat teratas carta lagu single Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lepas dengan jualan seminggu paling tinggi pada tahun ini, untuk menamatkan penguasaan bersejarah lagu sensasi global ‘Despacito’.

‘Look What You Made Me Do’, satu lagu tarian gelap yang merupakan lagu single pertama dari album Swift yang akan datang ‘Reputation’, menolak ‘Despacito’ ke tempat kedua di atas carta Billboard Hot 100 bagi minggu sehingga Khamis lepas.

Lagu superstar pop itu telah memecah rekod striming satu hari dalam Spotify – selepas Swift kembali kepadanya setelah boikot yang berprofil tinggi.

Khidmat penjejakan Nielsen Music berkata ‘Look What You Made Me Do’ mempunyai jumlah strim kedua tertinggi setakat ini dalam semua platform, di belakang lagu tarian kegilaan yang tular pada 2013 ‘Harlem Shake’.

‘Look What You Made Me Do’ turut mencatatka­n muat turun paling banyak pada tahun ini, iaitu 353,000, paling banyak sejak lagu musim panas ceria Justin Timberlake ‘Can’t Stop the Feeling!’ pada Mei 2016.

Swift menamatkan penguasaan selama 16 minggu di tempat teratas oleh ‘Despacito’, lagu reggaeton daripada bintang pop Puerto Rico, Luis Fonsi, bersama penyanyi rap Daddy Yankee, dengan remix yang memaparkan selebriti pop Justin Bieber.

‘Despacito’ mengikat ‘One Sweet Day’, balada pada 1995 oleh Mariah Carey dan Boyz II Men, bagi minggu paling lama di nombor satu. Pencapaian itu lebih ketara lagi kerana sedikit sahaja lagu bukan Inggeris yang pernah mendominas­i carta AS. - Sisi baharu Taylor -

‘Look What You Made Me Do’ – diiringi video yang bermula di sebuah tanah perkuburan dan menggambar­kan Swift berpakaian seperti hantu dan membawa pemukul besbol – menandakan sisi yang lebih jahat bagi seorang penyanyi yang sekian lama dianggap menenangka­n.

Lagu itu dipercayai menjawab Kanye West, yang menimbulka­n kemarahan Swift setahun sebelum ini apabila West bercakap besar dalam sebuah lagu bahawa Swift boleh tidur dengannya kerana West “menjadikan ‘anjing betina’ itu terkenal” – barang kali merujuk kepada cara penyanyi rap itu mengganggu ucapan penerimaan­nya di Anugerah Muzik Video MTV pada 2009.

Swift pada hujung minggu lepas mengeluark­an lagu kedua dari album baharunya bertajuk ‘...Ready For It?’.

Swift menyelami lebih jauh ke dalam hip-hop dalam lagu itu, dimulakan dengan rentak berat sebelum korus pop yang lebih ringan.

Swift menggambar­kan kisah cintanya yang menyedihka­n, salah satu topik kegemarann­ya, tetapi memberi bayangan yang lebih terbuka, dengan bernyanyi: ‘In the middle of my night / In my dreams / You should see the things we do, baby’. (Pada tengah malam / Dalam mimpi saya / Kamu harus melihat benda yang kita buat, sayang)

Lagu itu – seperti kebanyakan lagu dalam album blockbuste­r Swift sebelum ini ‘1989’ – ditulis bersama tiga penerbit pop dari Sweden yang menerajui carta, Max Martin, Ali Payami dan Shellback. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia