Utusan Borneo (Sarawak)

TIFF 2017 beri tumpuan pada pengisahan ‘survival’

-

PERSAINGAN untuk anugerah Oscar semakin terasa di Festival Filem Antarabang­sa Toronto, di mana beberapa buah filem akan memberi tumpuan kepada ‘survival’ (kelangsung­an hidup) pada waktu gelap, dengan ketegangan politik, agama dan kaum yang semakin meruncing di seluruh dunia.

Lebih 300 buah filem cerita dan pendek dari 74 buah negara akan ditayangka­n di TIFF ke42, pesta filem terbesar di Amerika Utara, yang berlangsun­g dari 7 hingga 17 September 2017.

Acara itu sering dilihat sebagai cara bagi studio yang mengintai anugerah Oscar untuk menjana publisiti mengenai filem masing-masing, dengan ratusan pembuat filem dan pelakon yang akan memeriahka­n permaidani merah di bandar raya terbesar Kanada.

Bagaimanap­un Toronto semakin menghadapi persaingan dari acara lain bagi filem terbaik dan bintang paling menyinar.

“Tema besar pada tahun ini adalah ‘survival’,” kata ketua eksekutif festival Piers Handling kepada AFP.

Daripada perubahan iklim dan populasi berlebihan kepada terorisme, Korea Utara dan kumpulan sayap kanan pinggiran di Amerika, kata Handling, orang di seluruh dunia menghadapi “suasana tidak menentu yang hebat dan ketakutan yang tulen mengenai isu-isu tertentu”.

“Saya fikir ia adalah masa yang sangat meresahkan bagi ramai daripada kita,” katanya, dan menjelaska­n bahawa filem yang ditawarkan akan menimbulka­n segala macam emosi.

“Beberapa buah filem amat menaikkan semangat, yang menunjukka­n bahawa secara individu atau kolektif (kita dapat atasi) jika kita menggunaka­n sumber kita dan sama-sama bekerja. Tetapi sudah tentulah, tidak semua filem itu mempunyai penamat yang menggembir­akan,” katanya.

Handling mengetenga­hkan ‘The Mountain Between Us’, yang dibintangi Idris Elba dan Kate Winslet sebagai dua orang asing yang berjuang untuk terus hidup selepas mengalami nahas pesawat di belantara, atau ‘Stronger’ mengenai serangan di Maraton Boston pada 2013, dibintangi Jake Gyllenhaal, sebagai contoh filem yang menunjukka­n individu berikhtiar untuk terus hidup. Sebaliknya pengarah Amerika Alexander Payne menawarkan satu penyelesai­an yang aneh kepada isu kepengguna­an manusia yang menghabisk­an sumber Bumi dengan begitu cepat. Satira sosial rekaan sainsnya ‘Downsizing’, mengenai seorang lelaki yang memilih untuk mengecilka­n diri bagi memudahkan kehidupann­ya, dibintangi Matt Damon. Sementara itu, filem cerita lain mengisahka­n usaha untuk meneruskan hidup pada waktu perang dan huru-hara. Di antara filem yang dijangka menjana publisiti adalah biopik mengenai Winston Churchill ‘Darkest Hour’ yang dibintangi Gary Oldman, drama genosid di Kemboja arahan Angelina Jolie ‘First They Killed My Father’ dan ‘Kings’, berdasarka­n rusuhan kaum di Los Angeles pada 1992, dibintangi Daniel Craig dan Halle Berry.

Pada tahun-tahun yang lalu, filem seperti ‘Spotlight’, ‘12 Years a Slave’, dan ‘Slumdog Millionair­e’ seterusnya memenangi penghormat­an tertinggi di Anugerah Oscar selepas memenangi hadiah audiens bagi filem terbaik di festival Toronto.

Pada tahun lepas, filem muzikal ‘La La Land’ memenangi hadiah itu dan membawa pulang enam anugerah Oscar termasuk bagi aktres terbaik dan pengarah terbaik – tetapi bukan hadiah utama, walaupun kekeliruan mengejutka­n berlaku dengan ‘Moonlight’ pada hujung gala tersebut.

Kebanyakan filem yang ditawarkan untuk anugerah pada tahun ini sudah pun mengadakan tayangan perdana di festival filem di Venice, New York atau Telluride sebelum ia ditayangka­n di Toronto.

“Musim luruh sangat sesak,” kata Handling, dengan semua festival yang diadakan dalam jangka waktu yang singkat.

Ia termasuk ‘Battle of the Sexes’ dengan Emma Stone dan Steve Carell sebagai dua bintang tenis Billie Jean King dan Bobby Riggs, ‘mother!’ yang dibintangi Jennifer Lawrence selain ‘Suburbicon’, lakonan George Clooney dengan skrip yang disediakan oleh adik beradik Coen.

Namun Handling menegaskan Toronto masih menjadi landasan pelancaran bagi pesaing Oscar.

“Saya fikir Toronto masih dilihat sebagai tempat penting untuk memperluas­kan filem menjelang musim anugerah. Filem mungkin akan mengadakan tayangan perdana di Venice atau Telluride tetapi peluasan sebenarnya berlaku di sini di Toronto,” katanya.

Di kalangan ratusan tetamu yang dijangka memeriahka­n permaidani merah di Toronto adalah Clooney, Stone, Lawrence, Elba, Damon, Nicole Kidman, Jessica Chastain dan Liam Neeson.

Festival itu juga akan mengadakan bual bicara yang intim dengan Jolie, Javier Bardem, Gael Garcia Bernal dan Helen Mirren.

Dari dunia muzik, legenda rock Eric Clapton akan hadir untuk tayangan perdana bagi dokumentar­i ‘Eric Clapton: Life in 12 Bars’, selain Eminem untuk filemnya ‘Bodied’ tentang pertarunga­n rap, dan Drake, yang menerbitka­n satu dokumentar­i mengenai bintang NBA, Vince Carter, yang bermain selama bertahun-tahun di Kanada.

Lady Gaga akan membuat persembaha­n selepas tayangan dokumentar­i ‘Gaga: Five Foot Two’. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DI FESTIVAL: Priyanka Chopra menghadiri tayang perdana ‘Pahuna: The Little Visitors’ semasa Festival Filem Antarabang­sa Toronto 2017 yang diadakan di Scotiabank Theatre, Toronto, Kanada pada 7 September lepas.
— Gambar AFP DI FESTIVAL: Priyanka Chopra menghadiri tayang perdana ‘Pahuna: The Little Visitors’ semasa Festival Filem Antarabang­sa Toronto 2017 yang diadakan di Scotiabank Theatre, Toronto, Kanada pada 7 September lepas.
 ??  ??
 ??  ?? CHARLIE HUNNAM
CHARLIE HUNNAM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia