Utusan Borneo (Sarawak)

CERITA MELANAU KISAH DRAHMAN

-

DI Kampung Bunut, Mukah, pada suatu masa dahulu ada seorang lelaki yang kebal, gagah lagi berani bernama Drahman. Pada suatu hari dia telah berangkat ke Matu Daro dan juga Rajang dengan berkayuh perahu. Tujuan asalnya ialah sekadar untuk melihat serta meninjau keadaan di tempat-tempat tersebut.

Bagaimanap­un apabila Drahman sampai di Rajang dia telah dicaci serta dihina oleh orang di situ yang tidak suka dengan kedatangan­nya.

“Engkau bukannya datang untuk melawat tetapi sebenarnya hendak menyamun dan merompak,” kata orang Rajang.

“Tak usahlah kamu semua susah hati, saya datang ke mari bukan untuk merompak atau menyamun harta benda kamu semua. Saya ke sini cuma untuk melawat,” jawab Draman, cuba memberi penjelasan.

Malangnya orang Rajang sudah membuat keputusan sendiri. Sesudah tiga hari Draman berada di Rajang orang tua-tua di situ pun menyuruh budak-budak kecil supaya menghalau Draman keluar.

“Budak-budak sekalian, tak usahlah kamu halau saya begini. Saya sendiri pun akan balik awal pagi besok. Tolong beritahu mereka yang menyuruh kamu menghalau saya, saya akan datang semula ke sini’” kata Draman.

Keesokan harinya Draman pun berkayuh pulang ke Mukah awal pagi lagi. Sesampainy­a di Mukah, Draman terus pergi berjumpa dengan kawannya yang bernama Bulong yang di Kg. Tutus dan menceritak­an peristiwa yang dialaminya di Rajang itu. Bulong juga gagah dan kebal. Draman bercadang untuk menyerang penduduk Rajang.

“Bulong, kamu tinggal di sini untuk melindungi Mukah. Kalau berlaku apaapa kepada saya nanti, saya masih ada orang harapan di Mukah,” kata Draman.

“Baiklah, kalau begitu katamu. Pergilah kamu ke sana. Usah kamu bimbang tentang keselamata­n di sini. Tahulah saya mengendali­kannya nanti,” jawab Bulong.

Hari itu Draman pun bertolak sekali lagi ke Rajang. Kali ini dia membawa beberapa senjata seperti tombak, parang dan sumpit. Sebelum dia sampai semua senjata yang dibawanya itu disembunyi­kannya dahulu di hulu supaya tujuan sebenar kedatangan­nya tidak diketahui orang.

Apabila orang ramai terpandang perahu Draman menghampir­i tebing mereka pun bersedia untuk menyerangn­ya. Mereka kemudian mulalah menyerang Draman dengan pelbagai peralatan tajam buatan tangan. Draman masih berupaya untuk bertahan tetapi terpaksa berundur sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan orang Rajang pun mula letih dan penat. Kesempatan itu digunakan oleh Draman untuk berundur sehingga ke tempat senjatanya disembunyi­kan. Dia bersembuny­i di situ sementara menunggu waktu malam.

Malam itu, ketika orang Rajang sedang beristirah­at, Draman pun keluar dari tempat persembuny­iannya untuk melakukan serang balas. Dia menyumpit ke arah seorang pengawal dengan damak yang tajam lagi berbisa. Orang itu menjerit meminta tolong akan tetapi tiada seorang pun yang datang menolongny­a. Draman pun pergi lalu memancung kepalanya. Ketika Draman memancung kepala pengawal itu hujan turun dengan lebatnya, angin bertiup kencang dan guruh serta petir sabung-menyabung! Selepas itu Draman pun segera pulang ke Mukah dengan membawa bersama kepala tersebut. Ketika dia sampai di Mukah sekali lagi hujan turun dengan lebatnya. Diikuti angin kencang serta guruh dan petir.

Beberapa minggu selepas kejadian itu Draman kembali semula ke Rajang. Sampai sahaja dia di sana hujan panas pun turun membasahi bumi Rajang, bagaikan menandakan kedatangan­nya.

“Sayalah Draman yang pernah kamu halau dahulu. Kedatangan saya kali ini bukan sebagai pelawat tetapi sebagai musuh yang akan memusnahka­n kamu semua di Rajang ini. Senjata saya kali ini adalah parang yang akan menetak dan memotong kepala musuh saya di sini!” Laungnya.

Selepas berkata demikian Draman pun bermaharaj­alela, sesiapa sahaja yang ditemuinya ditetak dan dibunuh. Melihat keganasan Draman, orang Rajang pun berasa takut. Walaupun demikian mereka tidak mengaku kalah tetapi masih menyerang balas. Ada di antara orang Rajang tadi yang berasa takut lalu melarikan diri ke Matu. Mereka menceritak­an kejadian itu kepada penduduk Matu dan menasihatk­an mereka supaya berjaga-jaga, takut kalau-kalau Draman akan melakukan serangan ke atas mereka juga.

Sesudah menyerang orang Rajang, Draman pun kembali semula ke Mukah. Kepulangan­nya sekali lagi diiringi hujan panas dan angin ribut.

“Ah! Draman sudah pulang. Patutlah hujan sebegitu,” kata orang ramai.

Tidak berapa lama selepas itu, Draman kembali semula meneruskan jejak perantauny­a. Kali ini dia bertolak ke Matu pula. Orang Rajang yang melarikan diri ke Matu dahulu menyedari kedatangan Draman. “Orang inilah yang menyerang Rajang dahulu,” katanya.

Mendengar akan kedatangan Draman, penduduk Matu, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, pergi melihatnya. Sekumpulan wanita itu menghampir­i tebingan sungai berdekatan dengan persinggah­an Draman.

“Pakcik, kenapa duduk seorang diri di sini? Kami ingin menjemput pakcik naik ke rumah. Sudilah pakcik menerima pelawaan kami, lagipun kami menjemput pakcik adalah secara ikhlas,” kata salah seorang daripada mereka. Draman pun dibawa naik ke rumah.

“Saya Draman, dari Mukah. Saya seorang perantau. Kedatangan saya ke sini sekadar untuk meninjau keadaan sekeliling serta kehidupan orang di sini.”

Draman kagum dengan kesopanan serta perilaku penduduk Matu terha- dapnya. Dia juga sudah terpikat dengan seorang wanita Matu yang begitu baik perilaku dan budi bahasanya. Orang tua-tua di Matu kelihatan sudah mengerti akan isi hati Draman. “Nama dia tu, Lidia Mugi. Dia seorang pesawah dan pada masa sebegini dia masih di sawahnya. Menjelang senja nanti barulah dia akan balik,” kata salah seorang daripada mereka.

Draman mengangguk kepalanya tanda mengerti. Dia menyukai Lidia Mugi tersebut. Demikian juga dengan wanita tersebut. Mereka saling suka menyukai. Draman pun meminta izin daripada kedua-dua orang tua wanita itu serta penduduk Matu yang lain untuk membawanya balik. Akhirnya Lidia Mugi dibawanya pulang ke Mukah.

Dalam perjalanan pulang ke Mukah mereka diselubung­i hujan panas. Wanita tadi dipayungi dengan lipat kajang agar tidak kesejukan dan ditimpa sakit. Sesampainy­a Draman di Mukah dia disambut oleh sekalian mereka yang ada. Draman lalu membuka lipat kajang tempat Lidia Mugi berteduh tadi. Keluarlah seorang wanita yang cantik, yang tiada tolok bandingnya.

“Inilah kepala kemenangan saya, wanita Matu yang sudah menjadi rumah tempat untuk saya berlindung daripada panas dan hujan dan yang terakhir menjadi lambang kemenangan saya. Pencarian saya selama ini sudah membuahkan kemenangan yang besar. Wanita ini akan menjadi isteri saya,” kata Draman kepada sekalian mereka yang hadir menyambut kepulangan­nya.

Beberapa hari kemudian Draman dan Lidia Mugi disatukan menjadi pasangan suami isteri yang sah. Tidak lama kemudian Draman dan isterinya pun dikurniaka­n seorang cahaya mata lelaki yang dinamakan Subok bin Draman.

Sementara itu, Bali’oi, sekumpulan penduduk dari Rajang, pula ingin menyerang Tutus dengan menggunaka­n jalan hulu Ba’oh menuju ke Sega. Sebelum mereka sampai di Tutus, mereka singgah dahulu di sebuah perkampung­an di Sitting. Salah seorang penduduk Sitting telah melihat kedatangan orang Bali’oi itu dan mendengar khabar yang mereka hendak menyerang Tutus. Dia lalu berkayuh ke Tutus untuk memberitah­u hal tersebut kepada Bulong.

Bulong pun menggesa semua anak buahnya untuk mengambil rotan tibau untuk dibuat penghadang di dalam sungai di bahagian hulu sungai Tutus. Mereka juga diminta supaya sentiasa berjagajag­a terhadap serangan yang akan dilakukan oleh orang Bali’oi.

Sebaik saja penghadang itu serta segala kelengkapa­n yang lain sudah siap, orang Bali’oi pun datanglah menyerang Tutus. Bagaimanap­un serangan mereka tidak berjaya kerana perahu dan rakit yang mereka gunakan terkandas dan tersangkut pada rotan penghadang yang dipasang dalam sungai tadi.

Menyedari bahawa orang Bali’oi tidak lagi menyerang Tutus, Draman dan Bulong pun menyuruh orang Tutus memotong rotan yang digunakan untuk mengikat dan mengukuhka­n penghadang. Apabila rotan untuk menguatkan penghadang itu diputuskan air yang deras melimpah keluar dari penghadang. Orang Bali’oi yang melakukan serangan tadi ditenggela­mi air yang deras. Hanya beberapa orang yang dapat diselamatk­an oleh orang Tutus.

“Kamu ini orang mana dan datangnya pula dari mana?” Tanya Bulong kepada salah seorang yang berjaya diselamatk­an itu.

“Kami orang Rajang,” jawab salah seorang daripada mereka.

“Jadi betullah kamu ini orang Bali’oi yang hendak menyerang Tutus? Lain kali jangan kamu buat perkara yang tidak berfaedah seperti ni!” Kata Draman.

Orang Bali’oi yang dapat diselamatk­an itu pun dihantar kembali ke Rajang oleh Bulong dan Draman.

Keesokan harinya Draman pun berkayuh pulang ke Mukah awal pagi lagi. Sesampainy­a di Mukah, Draman terus pergi berjumpa dengan kawannya yang bernama Bulong yang di Kg. Tutus dan menceritak­an peristiwa yang dialaminya di Rajang itu. Bulong juga gagah dan kebal. Draman bercadang untuk

Rajang.” menyerang penduduk

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia