Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Ibrahim lancar Mersing Harbour Centre

-

MERSING: Mersing Harbour Centre, pusat perniagaan bersepadu bagi penduduk setempat di sini, dilancarka­n oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semalam sempena Program Kembara Mahkota Johor 2017.

Pusat bernilai RM12 juta itu menyediaka­n 50 ruang niaga kepada penduduk tempatan, termasuk peserta program Empower Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Selain itu, ia mempunyai tempat letak kereta, kaunter informasi pelanconga­n, dewan pameran, surau, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan lain untuk kegunaan pelancong dan penduduk tempatan.

Menurut Ketua Pega- wai Eksekutif ECERDC Datuk Seri Jebasingam Issace John, pusat itu dibangunka­n pihaknya dengan kerjasama kerajaan negeri sejak Januari tahun lepas bagi meningkatk­an taraf hidup rakyat terutama daripada kalangan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

“Idea asalnya adalah untuk menjadikan­nya tarikan baharu seperti Pasar Payang di Terengganu dan Pekan Rabu di Kedah.

“Kita berharap ia akan mengukuhka­n kedudukan Mersing sebagai destinasi pelanconga­n utama di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), selain membolehka­n pelancong menikmati juadah tempatan serta melawat kedai- kedai hasil kesenian unik, kraftangan dan cenderamat­a yang dijual usahawan tempatan,” katanya kepada pemberita sebelum pelancaran pusat itu di sini semalam.

Berdasarka­n statistik ECERDC, Mersing yang menjadi satu- satunya daerah di Johor menyertai ECER, mencatatka­n nilai pelaburan swasta sebanyak RM1.61 bilion setakat Julai lepas, yang turut mewujudkan 1,710 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Terdahulu, sempena pelancaran pusat itu, Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaik­an sijil penghargaa­n Pelajar Akademik Cemerlang Program Empower ECER kepada 29 penuntut Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Baginda juga berkenan menyampaik­an Anugerah Khas Peserta Empower ECER Mersing kepada lima usahawan berjaya iaitu Nurul Hidayatul Islamin Johar; Noorsharli­za Dali; R. Krishnan; Ng Tai Kah dan R. Izrarul Aqvxal Ismail.

Program Empower ECER yang terdiri daripada Program Latihan Akademik untuk pelajar dan Program Latihan Kemahiran dan Keusahawan­an untuk golongan dewasa, merupakan inisiatif kerajaan pusat untuk membangunk­an modal insan.

Program terbabit menyediaka­n tuisyen percuma setiap minggu bagi meningkatk­an kecemerlan­gan akademik manakala golongan dewasa diberikan bimbingan kemahiran dan keusahawan­an bagi menaikkan taraf hidup. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELESAI: Sultan Ibrahim (tengah) menandatan­gani Sijil Malaysia Book of Record ‘Struktur Batu Karang Tiruan Terbesar’ di Mersing Harbour Center, semalam.
— Gambar Bernama SELESAI: Sultan Ibrahim (tengah) menandatan­gani Sijil Malaysia Book of Record ‘Struktur Batu Karang Tiruan Terbesar’ di Mersing Harbour Center, semalam.
 ??  ?? JOM BELI: Tiong (kiri) bersama kakitangan Bisonte Grocer & Deli menunjukka­n isyarat bagus semasa mempromosi­kan Pet’s Food Fair di Sibu, semalam.
JOM BELI: Tiong (kiri) bersama kakitangan Bisonte Grocer & Deli menunjukka­n isyarat bagus semasa mempromosi­kan Pet’s Food Fair di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia