Utusan Borneo (Sarawak)

Langkawi bakal jadi pusat perikanan terbesar di Asia Tenggara

-

ALOR SETAR: Pulau Langkawi bakal menjadi pusat perikanan terbesar di Asia Tenggara menerusi projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar, yang akan dilaksanak­an dengan kerjasama sebuah syarikat dari Singapura.

Kerjasama antara syarikat penternaka­n ikan dalam sangkar terbesar di Pulau Langkawi, Fishance Berhad dengan Kerajaan negeri itu melibatkan pelaburan awal bernilai kira- kira AS$ 12 juta (RM51 juta) dan menyasarka­n penternaka­n ikan sebanyak lebih 100,000 tan setahun.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembanguna­n Usahawan dan Kebajikan Masyarakat Kedah Datuk Suraya Yaacob berkata syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang perladanga­n ikan itu dapat membantu merealisas­ikan projek tersebut.

“Kita ingin jadikan Langkawi sebagai pusat perikanan terbesar di Asia Tenggara. Sebanyak 3,000 sangkar ternakan akan disediakan di Pulau Langgun di sini bagi menternak ikan seperti siakap dan kakap, sekali gus dapat menjamin jaminan makanan di negeri dan negara ini.

“Sebanyak 25 peratus bekalan ikan ini akan dijual di pasaran Malaysia manakala 75 peratus lagi dieksport ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Fi Komitmen dan bayaran royalti daripada Fishance Berhad kepada Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Kerajaan negeri yang diwakili Suraya menerima Fi Komitmen sebanyak RM755,000 dan bayaran royalti sebanyak RM540,000 membabitka­n nilai keseluruha­n RM1.295 juta daripada Ketua Pegawai Eksekutif Fishance Berhad, Alexey Dorin.

Suraya berkata, kerajaan negeri juga sentiasa memas- tikan sektor pelanconga­n di Langkawi tidak terjejas dengan sektor makanan terbabit, malah sebaliknya berkata projek itu pada masa yang sama dapat membantu menaikkan lagi industri pelanconga­n dan makanan.

“Langkawi akan terus menjadi pusat pelanconga­n kerana kita ingin seimbangka­n sektor industri dengan pelanconga­n supaya keunikan pulau terbabit tidak terjejas. dan kita tidak mahu sektor pelanconga­n terjejas dengan perkembang­an industri makanan dan ternakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pega- wai Eksekutif FB, Alexey Dorin berkata syarikat itu akan menggunaka­n kepakaran pengetahua­n dan teknologi yang canggih bagi membantu memastikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Langkawi sebagai hab perikanan terbesar di Asia Tenggara, tercapai.

“China, Taiwan dan Filipina terkenal dalam bidang perladanga­n ikan ini dan sudah tiba masanya Langkawi pula dijadikan sebagai salah satu hab perikanan terbesar menerusi projek ternakan ikan dalam sangkar ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA KASIH: Suraya Yaacob (tiga kiri) menerima replika cek daripada Alexey Dorin (tiga kanan) pada Majlis Penyerahan Bayaran Fi Komitmen dan Bayaran Royalti kepada Kerajaan Negeri oleh Syarikat Fishance Berhad di Wisma Darul Aman, semalam.
— Gambar Bernama TERIMA KASIH: Suraya Yaacob (tiga kiri) menerima replika cek daripada Alexey Dorin (tiga kanan) pada Majlis Penyerahan Bayaran Fi Komitmen dan Bayaran Royalti kepada Kerajaan Negeri oleh Syarikat Fishance Berhad di Wisma Darul Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia