Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia sasar jualan perabot RM44j di China

Sasaran berdasarka­n kejayaan jualan sejak dua tahun lepas

-

KUALA LUMPUR: Majlis Perkayuan Malaysia (MTC) menyasarka­n jualan bernilai RM44 juta pada Ekspo Perabot Antarabang­sa China (Furniture China), berdasarka­n kejayaan jualan rakan industriny­a sejak dua tahun lepas.

Tahun lepas, peserta pameran mencatatka­n potensi dan jualan sebenar bernilai RM40.03 juta, dan tahun ini merupakan edisi ketiga penganjura­n MTC untuk kumpulan peserta ke Furniture China, yang merupakan antara pameran perdaganga­n B2B utama dunia anjuran Persatuan Perabot Kebangsaan China dan Shanghai UBM Sinoexpo Internatio­nal Exhibition Co Ltd.

Pada 2016, eksport kayu dan produk kayu ke China bernilai RM846.8 juta atau peningkata­n sebanyak 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Perabot masih merupakan eksport utama produk kayu Malaysia ke China dari segi nilai, sebanyak RM121.7 juta, yang merupakan peningkata­n 91 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Hubungan dagang dan pelaburan antara China dan Malaysia menunjukka­n peningkata­n yang sihat sejak tahun- tahun kebelakang­an ini, dan hubungan ini perlu dikekalkan memandangk­an China merupakan pengimport kayu dan produk kayu kelapan terbesar Malaysia pada 2016,” kata Pengerusi MTC Datuk Gooi Hoe Hin dalam satu kenyataan.

Pameran tahun ini berlangsun­g dari 12 hingga 15 Sept di Shanghai New Internatio­nal Expo Centre (SNIEC) di Pudong, Shanghai, China.

Tahun lepas, Furniture China menarik kira- kira 120,000 pembeli dan pelawat dari 158 negara.

Kali ini, terdapat lebih 2,300 peserta pameran yang akan mengetenga­hkan produk masing- masing di kawasan lantai seluas 300,000 meter persegi yang melibatkan 19 dewan dan 15 pavilion luar.

Pameran itu berjalan serentak dengan acara Pengeluara­n dan Bekalan Perabot China 2017 di SNIEC.

Kali ini, MTC akan mengetuai delegasi 20 syarikat yang akan mengetenga­hkan produk jualan terlaris masing-masing di Pavilion Malaysia, termasuk 10 syarikat yang pertama kali menyertain­ya.

“Furniture China kali ini akan memberi tumpuan ke atas perabot rumah kontempora­ri dan pengeluara­n premium.

“Kategori ini sesuai dengan pengeluar perabot negara memandangk­an Malaysia terkenal atas produk berkualiti dan merupakan pembekal yang boleh dipercayai dan mempunyai rekod baik yang sudah terbukti dapat memenuhi tempahan pada masa yang ditetapkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Datuk Dr Abdul Rahim Nik.

Beliau berkata tahun ini juga penganjur pameran juga memberi tumpuan ke atas usaha untuk menghubung­kan pereka dengan pembekal terkemuka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia