Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia tawar sehingga 5 juta tempat duduk

-

KUALA LUMPUR: Sejumlah 5.0 juta tempat duduk ditawarkan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 11 hingga 17 Sept bagi perjalanan antara 1 Mac 2018 dan 21 November, 2018.

AirAsia dalam kenyataan semalam berkata, orang ramai boleh menikmati tambang serendah RM0 ke destinasi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Brunei, Lombok, Shantou, Kolkata, Phnom Penh, Pattaya, Davao dan banyak lagi menerusi penerbanga­n AirAsia (AK), selain mulai RM199 dari Kuala Lumpur ke Taipei, Shanghai, Sydney dan lainlain bagi penerbanga­n AirAsia X (D7).

Penumpang yang menggunaka­n AirAsia X juga boleh melalui pengalaman menggunaka­n Premium Platbed yang pernah memenangi anugerah, mulai RM699 dari Kuala Lumpur ke Perth, Seoul, Osaka, Taipei dan destinasi lain.

BIG Members boleh menikmati mata keutamaan dan boleh membuat tempahan di airasia.com dan menebus penerbanga­n bermula dari 0 BIG Points, secara eksklusif menerusi aplikasi mudah alih BIG Loyalty mulai kelmarin.

“AirAsia akan terus menambah penerbanga­n ke lebih banyak destinasi, menjadikan perjalanan lebih mudah.

Kami mahu pengguna kami dapat memanfaatk­an sepenuhnya kelebihan kekerapan kami yang tiada tandingann­ya ke tempat baharu dan sedia ada, dan untuk itu kami menawarkan sehingga lima juta tempat duduk promosi dalam kempen Tempat Duduk Percuma terbesar yang pernah diadakan bagi membantu mereka melakukan perjalanan,” kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia