Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangkaka­n bercampur-campur minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI ( FBM KLCI) dijangka tidak banyak berubah dalam dagangan minggu ini, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai, kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI ( FBM KLCI) dijangkaka­n bergerak antara 1,760 dan 1,780.

“Kami menjangkak­an pasaran cergas jika FBM KLCI dapat melepasi paras 1,780 memandangk­an ia sudah menguji paras sokongan semasa pada 1,760- 1,762 yang menunjukka­n pasaran semakin mengukuh,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pengukuhan ringgit seterusnya, dengan mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun kepada 4.1820 berbanding dolar AS kelmarin, juga membantu meningkatk­an sentimen kepada aliran yang lebih tinggi.

Berdasarka­n perbanding­an Jumaat ke Rabu, ekoran cuti umum, bulan semasa September 2017 dan Disember 2017 masing- masing menambah 11 mata kepada 1,771.5 dan 1,768.5, dan Mac 2018 meningkat 12 mata kepada 1,767.

Kontrak bulan baharu Oktober 2017 ditutup pada 1,771.5.

Jumlah dagangan bagi minggu lepas susut kepada 17,222 lot berbanding 57,589 lot minggu lepas manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 28,398 kontrak berbanding 97,807 kontrak.

Penanda aras FBM KLCI ditutup 6.74 mata lebih tinggi kepada 1,779.9 daripada 1,773.16 Rabu sebelumnya. — Bernama KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka meneruskan dagangan bercampur-campur minggu ini, menjejaki pergerakan ringgit kepada dolar AS, selain harga minyak mentah dunia, kata seorang peniaga.

Selain itu beliau berkata, harga getah juga akan bergerak selari dengan harga komoditi lain dan pasaran niaga hadapan serantau – Bursa Komoditi Tokyo dan Bursa Hadapan Shanghai.

“Bagi minggu dengan dagangan pendek ekoran cuti umum, harga getah yang meningkat sebelum itu memperoleh rangsangan apabila pasaran dibuka pada Selasa, dengan mencecah paras teritinggi dalam tempoh lebih tiga bulan,

“Sentimen tinggi itu didorong oleh data ekonomi China yang menggalakk­an, penurunan stok getah asli China, unjuran pasaran getah yang lebih kukuh daripada pasaran hadapan serantau selain harga minyak yang lebih tinggi,” katanya kepada Bernama.

Berdasarka­n perbandin- gan Jumaat ke Jumaat, harga Lembaga Getah Malaysia pada tengah hari bagi gred SMR 20 meningkat 45 sen kepada 700 sen sekilogram, manakala lateks oukal meningkat 43.4 sen kepada 591.5 sen sekilogram.

Harga penutupan tidak rasmi pada jam 5 petang bagi SMR 20 menokok 31 sen kepada 686.50 sen sekilogram manakala lateks pukal menambah 43.5 sen kepada 590 sen sekilogram.

Pasarandit­utuppadaKh­amis, Jumaat dan Isnin sempena cuti umum. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia