Utusan Borneo (Sarawak)

Dagangan di bursa dijangka tidak banyak berubah

Dipengaruh­i faktor sentimen pasaran bercampur-campur

-

KUALA LUMPUR: Urus niaga di Bursa Malaysia dijangkaka­n tidak banyak berubah minggu ini, dengan indeks penanda aras bergerak antara 1,770 dan 1,780 mata disebabkan oleh faktor sentimen pasaran di dalam dan di luar negara yang bercampur-campur.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, pasaran kekal dalam kedudukan berhatihat­i ekoran ketegangan di Semenanjun­g Korea yang akan terus menjadi perhatian dan menjejaska­n sentimen pasaran.

Wujud spekulasi bahawa Pyongyang mungkin menguji satu lagi pelancaran peluru berpandu pada Hari Kebangsaan­nya Sabtu nanti.

Beliau berkata, pasaran serantau juga dijangkaka­n defensif selepas mesyuarat Bank Pusat Eropah yang memberi bayangan bahawa ia mungkin mengurangk­an pelan rangsangan pada Oktober.

Dalam perkembang­an lain, pasaran juga terus memantau impak taufan Irma ke atas sentimen di Wall Street.

Di pasaran tempatan, ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun berbanding dolar AS pada 4.1820 Khamis lepas, inflasi menyederha­na manakala lebihan dagangan Malaysia meningkat dengan ketara kepada RM8.03 bilion susulan ekport yang lebih kukuh yang mencermink­an data ekonomi negara yang baik, kata Nazri Khan.

“Berdasarka­n kedudukan ini, saham di Bursa Malaysia dijangkaka­n disokong oleh sentimen baik dalam negara, dan pada masa yang sama cabaran luaran mampu mencetuska­n sentimen negatif yang menyebabka­n pasaran tidak banyak berubah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata terdapat juga bukti institusi tempa- tan ‘membeli ketika harga rendah’ untuk menyokong pasaran.

Bagi minggu yang baharu berakhir, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI menambah 6.74 mata kepada 1,779.9 berbanding 1,773.16 minggu sebelumnya.

Pergerakan di Bursa Malaysia dipengaruh­i faktor luar terutama pergerakan di Wall Street yang mengambil kira impak taufan ke atas ekonomi AS, isu pengganti Pengerusi Rizab Persekutua­n Janet Yellen dan ketegangan geopolitik dengan Korea Utara.

Berdasarka­n asas mingguan, Indeks FBM Emas meningkat 79.21 mata kepada 12,689.28 dan Indeks FBMT 100 menokok 75.86 mata kepada 12,357.52.

Indeks FBM Emas Syariah menambah 137.05 mata kepada 12,886.14, FBM 70 melonjak 202.45 mata kepada 15,262.29 dan the FBM Ace meningkat 36.84 mata kepada 6,649.58.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 45.78 mata kepada 16,726.53, namun Indeks Perusahaan meningkat 7.58 mata kepada 3,208.72, dan Indeks Perladanga­nmenokok 41.75 mata kepada 7,890.21.

Jumlah dagangan meningkat kepada 10.34 bilion unit bernilai RM8.66 bilion berbanding 5.06 bilion unit bernilai RM5.69 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 6.62 bilion saham bernilai RM7.98 bilion berbanding 3.13 bilion saham bernilai at RM5.3 bilion.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 633.87 juta unit bernilai RM81.02 juta berbanding 522.86 juta unit bernilai RM69.06 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE melonjak 3.01 bilion saham bernilai RM590.80 juta berbanding 1.39 bilion saham bernilai RM317.30 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia