Utusan Borneo (Sarawak)

PTKL didagangka­n antara AS$20,600 dan AS$21,000 satu tan

-

KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur ( PTKL) dijangka didagangka­n antara AS$ 20,600 dan AS$ 21,000 setan minggu iniberdasa­rkan fundamenta­lnya yang kukuh, kata peniaga.

Beliau berkata pada asasnya, harga timah kini dalam aliran menaik berikutan kurangnya bekalan berbanding permintaan yang tinggi.

“Seperti minggu ini ( minggu lepas), harga timah dijangka didagangka­n dalam jajaran kecil minggu depan ( minggu ini),” katanya.

Bagi minggu yang pendek kerana cuti umum pada Isnin, pasaran didagangka­n antara AS$ 20,770 dan AS$ 20,830 setan.

Ia ditutup tinggi pada AS$ 20,830 setan minggu ini atau AS$ 380 lebih tinggi berbanding AS$ 20,450 setan pada Rabu minggu sebelumnya.

Harga logam itu di Bursa Logam London ( LME) juga meningkat AS$ 380 kepada AS$ 20,750 setan berbanding AS$ 20,370 setan sebelumnya.

Jumlah dagangan ming- guan di PTKL meningkat kepada 160 tan berbanding 101 tan pada minggu sebelumnya, dengan pedagang dari China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, United Kingdom, Amerika Syarikat dan pedagang tempatan mendominas­i sehagian besar dagangan.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME mencatatka­n premium AS$ 80 setan, sama seperti minggu sebelumnya.

Pasaran ditutup pada Isnin sempena cuti umum khas. — Bernama KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur ( KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatif dijangkaka­n terus lengang minggu ini ekoran ketiadaan pemangkin pasaran.

Bagi minggu yang baru berakhir, tiada urus niaga di pasaran, dengan kepentinga­n terbuka kekal sifar.

Berdasarka­n perbanding­an Jumaat ke Rabu, September 2017, Oktober 2017, November 2017 dan Disember 2017 masingmasi­ng disandarka­n pada 96.53, 96.51, 96.50 dan 96.48.

Kadar asas KLIBOR tiga bulan di pasaran tunai kekal pada 3.43 peratus pada Jumaat.

Pasaran ditutup pada Khamis dan Jumaat minggu sebelumnya serta Isnin minggu lepas sempena cuti umum. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia